Siapa Kami?

Kami adalah kelab blogger yang diasaskan oleh Ben Ashaari. Ditubuhkan pada tahun 2009, matlamat utama kami adalah untuk mewujudkan satu komuniti yang mana setiap blogger bantu membantu antara satu sama lain.
Ingin berkolaborasi dengan KBBA9?
Hubungi kami

Rakan Penaja Kami

Apa Kata Rakan-Rakan KBBA9

Selepas join Kelab Blogger Ben Ashaari, saya rasa diri lebih bermakna dalam dunia blog. Banyak yang saya belajar dari founder KBBA.

Paling best bila berada dalam komuniti ini, dari dunia maya sehingga realiti dapat bersua muka sesama kami dan media sosial merapatkan ikatan silatulrahim antara kami semua. Bukan senang untuk berada dalam komuniti yang besar dan dapat kerjasama serta sokongan sepenuhnya dari ahli.

Tahniah Ben Ashaari menyatukan kami semua. Sesuai dengan tagline “Bukan Sekadar Blogger” . Semoga terus berjaya.

Dkna Abza

Dkna Abza

Blogger @ www.dkna.my

Lepas masuk KBBA9, Lisa rasa lebih tahu banyak pasal blog. Berblog bukan hanya tulis blog je, tapi KBBA9 macam family. Dalam KBBA9 saling tolong-menolong antara satu sama lain. Dulu Lisa zero kot, tapi sekarang bukan la hero sangat.. tapi dah memang banyak berbeza dari dulu Lisa mula-mula blog. Tak ada istilah dia senior, Lisa Junior. Dia otai, Lisa Newbie.

KBBA9 banyak membimbing. Bermula dengan persahabatan sampai dah jadi macam family sendiri. Walaupun jarang berjumpa memandangkan Lisa dari Johor memang kurang berkesempatan nak jumpa selalu.

Mawar Biru

Mawar Biru

Blogger @ ciksepet.com

Bagi aku KBBA9 ni bagus.

Pertama, dari segi bukan blogger, Aku dah anggap KBBA9 ini macam keluarga aku sendiri yang mana kita boleh berkongsi suka ataupun duka.

Kedua, dari segi blogger pula, aku rasakan KBBA9 adalah platform dan juga peluang terbaik untuk aku lebih maju dalam dunia blog. Boleh berkongsi-kongsi pendapat, dan juga mempelajari ilmu-ilmu blog.

Daus Redscarz

Daus Redscarz

Blogger @ www.redscarz.com

Rakan blogger di dalam komuniti KBBA9 terdiri daripada pelbagai latar belakang profession. Ianya satu kelebihan buat saya untuk sama-sama menimba ilmu dan perkongsian pengalaman yang menarik sesama blogger. Banyak ilmu baru yang saya perolehi setiap hari sejak join KBBA9.

Hari ke hari ada saja tips terbaik dan perkongsian ilmu daripada pengasas KBBA9 iaitu Ben Ashaari sendiri untuk kami yang bernaung di bawah KBBA9.

KBBA9 bukanlah Ben Ashaari tetapi KBBA9 adalah satu komuniti blogger yang ingin menaikkan nama blogger ke satu tahap yang lebih baik. InsyaAllah, KBBA9 banyak mengajar saya erti KESEPAKATAN. Banyak mengajar saya erti tanggungjawab dan semangat setiakawan. All the best KBBA9.

Lya

Lya

Blogger @ www.akifimtiyaz.com

Aktiviti Terkini KBBA9

Tahniah Ben Ashaari Dan KBBA Di Penyampaian Anugerah Khas Sijil Penghargaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ) 2017

Isnin 20 Februari 2017 , bertempat di Ibu Pejabat AADK Kajang , berlangsungnya Majlis Penyampaian Amanat Hari Antidadah Kebangsaan 2017 oleh YBHG Dato Sri Mustafa Bin Haji Ibrahim , Timbalan […]

Kelas Belajar Renang KBBA9 Bersama Team Swimrush , Swimming Academy

Situasi panik sewaktu berada di dalam air adalam sindrom kebanyakan orang tak pandai berenang akan hadapi . Oleh itu Team Swimrush dari Swimming Academy telah membuat satu sesi Swim Fearless […]

Family Day KBBA9 2017 : Terima Kasih De Rhu Beach Resort

Bagaikan menjadi tradisi setiap tahun , Founder  KBBA9 berusaha mencari peluang untuk para blogger dan ahli keluarga blogger menikmati percutian bersama kawan dan juga keluarga pada satu masa yang sama […]

Baca lagi..

Apa kata Ben Ashaari

KBBA9 asalnya ditubuhkan untuk rakan-rakan blogger mempromosikan entri terbaru mereka dikalangan rakan blogger yang lain di Facebook. Ianya lebih kepada sebuah komuniti didalam dunia maya dan dijadikan realiti melalui pertemuan demi pertemuan seterusnya sesama blogger. Alhamdulillah, KBBA9 telah banyak melakukan kerja-kerja amal serta membantu ramai usahawan kecil dalam bidang tertentu. Selain itu KBBA9 juga bertujuan mendidik rakan-rakan blogger untuk menjadi blogger yang lebih bertanggungjawab dan berguna pada masyarakat.
Pengasas KBBA9