skip to Main Content
Aktiviti Family Day KBBA9 Di Legend Cherating Beach Resort

Aktiviti Family Day KBBA9 Di Legend Cherating Beach Resort


Alhamdulillah, selesai sudah sambutan Hari Keluarga KBBA9 yang kedua pada tahun ini. Sebelum ini team KBBA9 ke Kuantan tapi kali ini team KBBA9 ke Cherating pula. Tarikh 18 hingga 20 Ogos 2017, pihak Legend Cherating telah menaja sepenuhnya team KBBA9 penginapan selama 3 Hari 2 Malam untuk program Hari Keluarga KBBA9. Bukan sahaja penginapan malah aktiviti-aktiviti dan sajian turut disediakan untuk kami. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang telah team KBBA9 kongsikan semasa di sana adalah:

Firefly Tour

Melihat Kelip-Kelip @ Firefly di Hafiz’s Cherating Activities. Wah, seronoknya team KBBA9, berpeluang  melihat kelip-kelip di sana. Menikmati keindahan malam di Sungai Cherating dengan menyusuri bot untuk melihat kelip-kelip dengan lebih dekat. Masing-masing sungguh teruja apabila kelip-kelip itu menghinggap di tangan mereka. Yang uniknya, hanya Encik Hafiz sahaja yang berjaya memanggil kelip-kelip untuk terbang ke arah mereka.

  1. “Yang mana jantan, yang mana betina kelip-kelip ni”
  2. Kelip-Kelip mengawan, bagaimana?
  3. “Firefly Whisperer”

Mangrove Tour

Menyusuri Sungai Cherating melihat keunikan akar-akar pokok paya bakau. Jika malam hari, melihat Kelip-Kelip tapi di siang hari pihak Hafiz’s Cherating Activities menyediakan aktiviti Magrove Tour kepada team KBBA9. Selain melihat keunikan akar-akar pokok paya bakau, berkesempatan juga menemui habitat-habitat di sepanjang Sungai Cherating ini seperti kelawar, monyet, memerang, ular dan lain-lain.

  1. Moha nyaris terlena naik bot
  2. Hampir 1 jam menyusuri Sungai Cherating

Kepada yang berminat untuk alami pengalaman seperti team KBBA. Boleh hubungi Encik Hafiz sendiri di talian 017-978 9256 / 017-940 6898 atau Email: kohafiz@gmail.com

Sunrise Watching

Bagi yang suka menikmati alam semulajadi, Legend Cherating salah satu tempat untuk melihat sunrise. Sungguh cantik sekali di kala matahari baru nak naik. Bersila di atas pasir yang halus, hembusan angin pantai dan deruan air laut,,sangat damai..sangat indah. Melihat sunrise bersama anak-anak adalah satu kenangan indah yang tidak dapat dilupakan sama sekali. Jangan lepaskan peluang untuk melihatnya di sana sepertimana team KBBA9 alami sendiri.

Telematch

Tanpa telematch atau sukaneka di hari keluarga tak meriah jadinya. Pihak Legend Cherating telah menyediakan pelbagai acara sukaneka bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Menang atau kalah tidak diendahkan, yang penting ia dapat memupuk semangat kesukanan dan mengikat ukhwah antara satu sama lain.

  1. Anak yang main, mak ayah yang over.
  2. Catwalk ke tu?

Turtle Release

Comelnya baby turtle. Tak sanggup nak lepaskan ke laut. Tapi di situlah kehidupannya. Berpeluang untuk melepaskan baby turtle ke laut saat-saat yang dinantikan. Terima kasih pihak Legend Cherating yang telah mengadakan aktiviti ini. Semua teruja.

  1. Hati tersentuh sayu melepaskan baby turtle
  2. Lepaskan kembali ke laut

Keropok Lekor Sedap

Negeri Terengganu memang dikenali dengan negeri pengeluaran keropok lekor. Tidak ketinggalan, team KBBA9 juga dibawa ke Keropok Cap Intan yang terkenal untuk mengetahui cara-cara menyediakan keropok lekor yang enak dan boleh mencuba sendiri cara-cara menguli kerepok lekor. Malah turut dijamu juadah keropok keping dan lekor bersama teh o panas.

  1. Menggetel keropok lekor sendiri
  2. Keropok lekor sedap dimakan tanpa digoreng

Muck Dive Kuantan

Muck Dive Kuantan adalah salah satu team yang menyediakan perkhidmatan scuba. Team KBBA9 turut diberi peluang untuk belajar dan menggunakan peralatan scuba. Nampak mudah tapi jika tak ada pengetahuan, boleh mendatangkan bahaya. Muck Dive memberi penerangan tentang langkah-langkah keselamatan semasa scuba dan cara penggunaan peralatan scuba yang disediakan.

  1. Pakej scuba yang disediakan oleh Muck Dive Kuantan
  2. Scuba bersama Muck Dive Kuantan di Legend Cherating

Sea Rafting

Aktiviti yang mencabar diri. Semangat berpasukan, kerjasama dan kepercayaan boleh dilihat dengan aktiviti ini. Team KBBA9 berpeluang mencabar diri masing-masing untuk mengikat tali rakit, membawa rakit ke laut, mendayung rakit melawan arus ombak serta meleraikan kembali ikatan rakit. Kepenatan mendayung tidak diendahkan, tapi semangat berpasukan jelas kelihatan. Siapa yang menang? Tiada siapa pun yang kalah sebenarnya.

  1. Kreativiti mereka mengikat tali rakit.
  2. Menguji semangat berpasukan, ini baru betul

BBQ Dinner

Semua berpuasa hati dan seronok dengan aktiviti-aktiviti disediakan oleh Legend Cherating, team KBBA9 turut disajikan dengan makan malam istimewa iaitu BBQ di tepi pantai. Sangat santai dan best. Hilang terus kepenatan dengan aktiviti-aktiviti sebelum ini, apabila melihat sajian yang disediakan. Kekenyangan semua malam itu.

  1. “Gempaknya malam dinner kami kat sini”
  2. Makan malam bersinar kan bintang-bintang berkerdipan bersama deruan ombak

Tidak cukup sebenarnya..kalau boleh semua aktiviti nak sertai. InshaAllah akan kembali ke The Legend Resort Cherating lagi. Semua aktiviti-aktiviti yang disediakan memang sangat terbaik dan masing-masing sangat enjoy. Bagi yang inginkan pengalaman seperti team KBBA9 ini, anda boleh dapatkannya di:

THE LEGEND RESORT CHERATING

Director of Sales : Encik Meor Amran

Alamat: Lot 1290, Mukim Sungai Karang, Cherating,

26080, Kuantan, Pahang Malaysia.

No Tel: 013 3319822

E-mail : dos@legendresort.com.my

Website : www.legendresort.com.my

 

 


Ema

A simple life is a beautiful life

This Post Has 22 Comments
  1. Perghhh terus kenangan mengimbau semula. Caner la agaknya nasib baby turtle yang bamhoq lepas itu hari.. harapnya dia hidup la sampai dewasa. Dan blk cari bamhoq untuk say hi nnti…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top