skip to Main Content
Aktiviti Hiking (Mendaki) Bukan Hanya Untuk Kesihatan

Aktiviti Hiking (Mendaki) Bukan Hanya Untuk Kesihatan


Kebelakangan ini kerap kita dapat melihat pelbagai aktiviti luar dilakukan oleh orang awam. Ini sedikit sebanyak memberi petanda bahawa umum telah menyedari bahawa selain menghabiskan masa ditempat kerja atau memerap dirumah, aktiviti luar menyumbang kepada gaya hidup sihat yang sering menjadi faktor penting dalam penjagaan kesihatan seorang manusia.

Jika dilihat daripada aktiviti-aktiviti luar yang dimaksudkan, ianya termasuklah mengadakan aktiviti berbasikal, berkhemah, menyelam skuba, dan lain-lagi, yang mana tidak ketinggalan juga iaitu aktiviti mendaki.

Mendaki seperti yang kita ketahui, ia adalah aktiviti luar yang sihat dimana ia menyumbang kepada penghasilan peluh yang banyak ketika ia dilakukan, yakni seseorang itu perlu menggunakan kudrat yang banyak untuk mendaki sesebuah bukit atau pergunungan untuk tiba ke ke puncaknya.

Secara asasnya ia boleh menyihatkan badan. Terutamanya jika seseorang itu mendaki dengan cepat, menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti cardio berimpak rendah yang cukup bagus untuk tubuh badan. Manakala bagi mereka yang mengambil berat tentang kiraan kalori pula, ianya membantu dalam membakar kalori dalam badan sekitar 500 kalori bagi setiap sejam.

Selain itu, aktiviti mendaki juga dapat menurunkan tekanan darah serta mengurangkan risiko diabetes, penyakit jantung dan obesiti.

Namun, meskipun dilihat aktiviti mendaki ini lebih kepada aktiviti yang menyihatkan badan, akan tetapi dalam masa yang sama ia turut mempunyai sebab-sebab menarik yang lain, di antaranya adalah:

  1. Mendaki boleh menggembirakan anda – Menurut kajian daripada Stanford University pada tahun 2014, mendaki mampu meningkatkan mood seseorang, mengurangkan kebimbangan serta meningkatkan daya ingatan.
  2. Selain itu mendaki juga boleh menangkis kemurungan dan mengurangkan stress. Dengan melakukan aktiviti mendaki berjalan kaki selama 90 minit dalam persekitaran semulajadi, ianya boleh menyumbang kepada kesihatan otak, disamping ianya juga membantu menangani masalah kemurungan dan mengurangkan rasa stress.
  3. Mendaki turut boleh membantu menyelesaikan masalah. Dengan meluangkan masa di luar, ia dipercayai dapat membantu meningkatkan perhatian dan kemahiran seseorang dalam menyelesaikan masalah kreatif sebanyak 50 peratus
  4. Selepas sejam berinteraksi dengan alam semula jadi pula, prestasi daya ingatan dan perhatian juga dikatakan akan meningkat sehingga 20% – kajian ini dilakukan oleh University of Michigan pada tahun 2008.
  5. Dan, akhir sekali mendaki juga boleh menguatkan silaturrahim sesama individu dimana selain meningkatkan rangkaian sosial buat mereka yang mempunyai hobi yang sama, ianya memberikan kita peluang untuk berinteraksi dengan dunia luar.

sumber: mpora.com

Kami di KBBA9 sebagai contohnya turut mempunyai beberapa rakan blogger yang aktif melakukan aktiviti mendaki ini, salah seorang daripadanya adalah Afiq Halid yang mana juga beliau merupakan seorang host kepada program FungryTV. Aktiviti mendaki beliau yang terbaru adalah bertempat di Bukit Singa, Pulau Kapas. Dikongsikan melalui coretan diblog beliau sendiri, afiqhalid.com.

Selain itu, seorang lagi rakan blogger yang turut mempunyai hobi yang sama ialah Tati Mansur. Walaupun fizikal seorang perempuan dikatakan tidak selasak seorang lelaki, namun apabila minat mengatasi segalanya, tiada apa yang mustahil.

Jadi, adakah anda juga mempunyai hobi yang sama? Jom tinggalkan komen dibawah, mana tahu suatu hari nanti kita boleh team-up untuk pendakian yang seterusnya. 🙂


Hafiz Rahim

Kacak lagi tampan bergaya. Hensem dan juga sejuk mata memandang. XOXO

This Post Has 10 Comments
  1. Suka gak hiking ngan family . Suami dan anak2 mmg kaki hiking . Tapi tak selalu dapat join sebab kekangan masa . Kena pilih masa yang terbaik utk.buat xtvt ni .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top