
Apa yang menarik di Farm in the City, Sri Kembangan
Apakah tarikan yang menarik di Farm in the City? Di manakah tempatnya? Farm in the City adalah satu tempat yang berkonsepkan petting zoo dan ia boleh dijadikan sebagai destinasi percutian yang singkat bersama keluarga. Terletak di Seri Kembangan, Selangor tidak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur.
Aktiviti Menarik di Farm in the City
Pengunjung yang datang ke sini dapat mengenali haiwan secara lebih dekat, dapat sentuh, memberi makanan dan bermesra dengan haiwan-haiwan yang jinak. Anak-anak pada mulanya akan rasa takut, tapi lama-kelamaan ia berasa seronok.
Baru-baru ini, team Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) bersama keluarga berpeluang merasai sendiri pengalaman bermesra dengan haiwan-haiwan di sana. Terdapat lebih 120 spesis haiwan peliharaan biasa, spesis yang jarang ditemui dan haiwan eksotik. Kebanyakkan haiwan di sini dibiarkan bebas tanpa sebarang sangkar.
Tips menarik yang dikongsi oleh Blogger Sue Izza:
- Pastikan pakai pakaian yang sesuai,lebih baik pakai kasut gelap dan jangan pakaian berwarna putih ye,sebab ada sesi beri makan kat binatang,keberangkalian binatang pijak kasut dan kena pakaian korang tu tinggi.Dalam ni juga anak-anak boleh pegang binatang serta bermain dengan mereka memang akan kotor.
- Datang awal,boleh parking dekat dengan pintu masuk,sebab tengahari kang panas nak berjalan dari parking luar tepi jalan sana,dengan anak-anak lagi.Tapi bila masuk dalam tu redup je.
- Awasi anak-anak,ada haiwan yang boleh di beri makan tapi tak kenal mana makanan mana jari anak anda,jari jangan leka ye mak-mak bapak-bapak.
- Sapu apa-apa krim tuk anak-anak yang sensitif kulitnya kang kena serangga la,nyamuk la berbirat pulak,macam Humaira tak pe,kulit kebal hahahaha paling-paling dia garu kejap je,dua tga hari hilang la.
- Bagi anak tidur secukupnya sebelum pergi,dan bagi makan kenyang-kenyang supaya moodnya elok ye.Baru seronok tengok binatang,kalau tak rugi je masuk.
- Masuk tak boleh bawa makanan ,jadi bawa duit siap-siap kot-kot dahaga dan lapar nanti,tapi setakat air masak tuk anak tu boleh la bawa.
- Bawa stroller tuk anak kecil,sian nanti meragam nak tidur kang susah pulak berdukung bagai.
Pengalaman Blogger
- Part makan korang jangan risau sebab di Farm In The City ada makanan yang dijual pada harga yang amat berpatutan . Kawasan persekitaran bersih dan tiap kali bila korang dah pegang haiwan , ada disediakan tempat basuh tangan . Kebersihan amat dititikberatkan !! – katanya Sal
- Qaseh pula bagitahu “nak anak korang lagi seronok ? Haaa bawak diorang naik Poney Ride ni , harga RM7 seorang”
- Ada haiwan yang biasa tengok, ada yang tak biasa tengok- katanya Shehan
- Macam mamakembar 3 ni, dah pernah pergi dah dulu dan ini kali tiga ke Farm In The City tu tapi tak jemu jemu lagi! Si kembar ni tetap excited tengok semua haiwan kat sana.
- Anak-anak Ina pun teruja, sanggup datang dari Pahang lagi.
- Hahaha berderau kejap darah.. Ramai² bersorak time tu pasal Ann kena kiss. Rasa tauu gigi dia kat pipi! Punyalah manjanya sebab dah biasa dengan orang kan.. Harap² tak termimpi-mimpi lah Prince Alpaca lepas ni hahaha
- Trex pun sama excited dan awalnya ingat macam sama dengan Mini Zoo KL Tower rupanya lain. Farm in The City dekat Sri Kembangan lagi besar dan lagi banyak binatang.
- Nina bagitahu, spesis tertua dan terberat yang ada kat Farm In The City ni. Turtle Giant ni berusia 36 tahun dan berat 90kg lebih.
Tak perlu nak pergi tempat yang jauh pun untuk bawa anak-anak kenali haiwan-haiwan yang belum mereka tengok secara live, di Farm in City kan ada. Apa tunggu lagi? Harga tiket seperti di bawah:
Alhamdulillah… Antara tempat paling seronok untuk anak-anak.
Memang berbaloi bawa anak2 tambah2 yg sekolah rendah tu byk boleh belajar.
Bestnya kalau dapat bw anak buah ke sini. Mesti diaorang happy.
Mmg best lg2 bawak anak.
Seronok pergi ramai² camni, enjoy sangat!