skip to Main Content
Bengkel Videofon Bersama Kak Kay, Input Terbaik Untuk Blogger KBBA9

Bengkel Videofon Bersama Kak Kay, Input Terbaik Untuk Blogger KBBA9


Bengkel Videofon Kelab Blogger Ben Ashaari Bersama Kamalia Kamal dari Photolicious, 15 April 2018 di MaTIC, Kuala Lumpur

Kamalia Kamal Ajar Teknik Kamerafon

Kamalia Kamal atau lebih dikenali sebagai Kak Kay adalah pengasas kepada Photolicious. Kak Kay terlibat dalam bidang fotografi ketika melanjutkan pelajaran di University of Arizona, Amerika Syarikat sejak tahun 2006. Pada awal penglibatan dalam bidang fotografi, Kak Kay hanya menjual gambar di internet.

Antara nama-nama selebriti yang pernah menggunakan khidmat forografi seperti Ashraf Muslim, Black Mentor, Bienda, Diana Amir, Eina Azman, Datuk Seri Aliff Syukri dan ramai lagi. Pada tahun 2010, Kak Kay mula berkongsi ilmu fotografi kepada pelbagai usahawan. Kak Kay telah menganjurkan kelas Fotografi & Videografi dengan kerjasama MARA, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Wanita, Kementerian Alam Sekitar, Politeknik, USIM dan banyak lagi agensi kerajaan dan swasta.

Input dari Bengkel Videofon

Terima kasih kepada Kak Kay yang telah memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu kepada blogger-blogger KBBA9 untuk menghasilkan video menarik menggunakan smartphone. Tahniah blogger KBBA9, dengan input yang dapat dari bengkel ini, anda terus mempratikkan dan menghasilkan video menarik di media sosial masing-masing.

Sememangnya, jika tidak hadir ke kelas Kak Kay untuk menimba ilmu itu amat merugikan. Kak Kay sentiasa mengadakan kelas fotofon dan videofon. Berminat untuk sertai kelas Kak Kay dialu-alukan untuk mengikuti Kak Kay di media sosial kerana Kak Kay akan mewarwarkan kelas yang bakal diadakan di sana.


Ema

A simple life is a beautiful life

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top