
Bentong, Raub dan Lipis Tempat Menarik Untuk Dikunjungi
Norma kehidupan berubah disebabkan wabak COVID-19 ini. Akibatnya, ekonomi dunia menghadapi krisis yang terburuk.
Susulan kelonggaran yang diumumkan Kerajaan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan lebih 2 bulan berkurung di rumah, pastinya rindu untuk melakukan aktiviti di luar.
Sama-sama kita membantu menaikkan kembali ekonomi negara dengan pelbagai aktiviti seperti pergi bercuti.
Bentong, Raub dan Lipis ada Kelebihannya.
Bandar-bandar kecil seperti Bentong, Raub dan Lipis ada kelebihannya. Ada tarikannya tersendiri. Admin balik Kelantan memang akan melalui 3 bandar ini tapi tidak pula pernah tahu ada sesuatu yang menarik di sini.
Bentong
Menurut Wikipedia , Bentong merupakan salah satu daerah dalam Pahang, Malaysia. Daerah ini merangkumi kawasan seluas 1,831 km². Kedudukannya ke arah timur laut Kuala Lumpur, di sebelah bertentangan Banjaran Titiwangsa. Terletak bersebelahan dengan Daerah Gombak, Selangor, Bentong merupakan bandar yang semakin pesat membangun.
Jalan Bentong merupakan laluan utama ke Pantai Timur iaitu negeri Terengganu dan Kelantan. Bentong akan mempunyai komuter yang akan memhubungkannya dengan Kuala Lumpur. Di Bentong terdapat kawasan terkenal seperti Genting Highland dan Bukit Tinggi. Sejarah nama Bentong adalah daripada “banyak untung” kerana pada masa dahulu Bentong mempunyai lombong bijih timah. Ayat tersebut dikatakan oleh orang Cina yang melombong, sehingga akhirnya ia menjadi “Bentong”.
Terdapat banyak tarikan di Bentong ni. Antaranya ialah Felda Lurah Bilut Museum , Chamang Waterfalls , Bentong Hot Spring, Lentang Forest Recreational Park , Genting Highlands , Bukit Tinggi dan yang aku nak cerita ialah…Kg. Janda Baik ! Ada banyak resorts popular kat sini.
Lipis
Daerah Lipis terletak di Barat Laut Negeri Pahang merupakan daerah ketiga terbesar di Pahang selepas Jerantut dan Rompin. Di daerah ini terletak bandar Kuala Lipis yang merupakan bekas ibu negeri Pahang. Kuala Lipis terletak dipertemuan Sungai Jelai dengan Sungai Lipis dan merupakan ibu negeri Pahang yang pertama mulai tahun 1898 sebelum dipindahkan ke Kuantan pada tahun 1955.
Ketika zaman penjajahan, British telah membina jalan asas yang menghubungkan Kuala Lipis dengan Kuala Lumpur sejauh 130 batu pada tahun 1890 bagi memudahkan pihak penjajah membawa keluar hasil bumi daerah ini. Bandar Kuala Lipis telah berkembang pesat sebagai pusat perdagangan di negeri Pahang dengan industri utamanya iaitu perlombongan bijih dan emas.
Pada tahun 1920, kerajaan British telah membina landasan keretapi yang menghubungkan Kuala Lipis dengan Gemas hingga ke Johor bertujuan untuk memudahkan pengangkutan hasil bijih ke pelabuhan. Kesan daripada penjajahan British masih dapat dilihat pada bangunan-bangunan Kolonial di sekitar Bandar Kuala Lipis seperti Rumah Rehat Bukit Residen, Kompleks Pejabat Kerajaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Pahang Club dan lain-lain yang mana jelas memaparkan senibina Kolonial yang membuktikan bahawa suatu ketika dahulu pihak penjajah British pernah menduduki dan mentadbir Kuala Lipis.

Info dari blog Pejabat Daerah Dan Tanah Lipis .Adalah penting untuk kita mengetahui asal usul sesuatu bandar ni.
Pahang memang terbaik la ! Hutan Pahang ni antara yang terunik di dunia. Kena jaga dan pelihara ! Pahang , destinasi pelancongan yang wajar korang terokai ! Jangan tunggu kehilangan baru sibuk nak pergi. Huh ! –Ben Ashaari
Sememangnya suasana kampung tu sangat dirasai.The Land sangat sesuai untuk percutian keluarga, wedding indoor / outdoor, farmstay, acara korporat, event space dan boleh memuatkan hingga 400pax. Oh ye untuk membawa diri pun sesuai sangat haha. Jiwa kacau ? Boleh je, jangan terjun kolam dah la ~ – Qaseh
Minum pagi kat situ pun sangat heaven. Ada ubi kayu dengan sambal hijau dan sambal tumis. Dek kerana sekarang masih musim durian maka adalah menu pulut dengan serawa durian. – Saidila
3 Hari 2 Malam Jalan-Jalan di Pahang
Untuk info lanjut , korang boleh lawati ;
Tourism Pahang : www.tourismpahang.org.my
Tourism Malaysia Wilayah Timur : www.malaysia.travel
Rindu nak explore Pahang lagi.Tak puas pun yer sebab banyak tempat tak pergi. Apapun Pahang ada segala-galanya
Teringin nak pergi… Banyak tempat yang menarik boleh explore
Pernah kerja at Pahang . Banyak gak explore . masa tu ingat dah gi semua tempat . but after pergi daerah lain . byk lagi tempat menarik yg perlu kita potray for tourist .
Dulu rajin explore Pahang. Rindu nya bila tengok gambar2 ni.
Banyak rupanya tempat menerik di bentong ni