
Blogger KBBA9 Menimba Ilmu Fotografi di Bengkel Fotofon Bersama SONY Dengan Kerjasama MATIC dan COSMODERM
Bagi seorang blogger, gambar atau foto yang cantik dan menarik adalah penting sebagai ‘penyeri’ sesebuah cerita. Malah, ada masanya gambar itu sendiri yang menjadi ‘penyampai cerita’ tersebut. Bak kata pepatah, biar gambar berbicara.
Pasti ramai yang beranggapan bahawa untuk menghasilkan gambar yang cantik memerlukan kamera yang mahal. Namun, bukan semua blogger mampu memiliki kamera mahal dengan pelbagai jenis lensa. Malah, rata rata blogger dalam KBBA9 sendiri hanya menggunakan kamera telefon pintar sahaja.
Menyedari perkara inilah, maka Kelab Blogger Ben Ashaari telah mengadakan Bengkel Fotofon bersama SONY dengan kerjasama MaTIC dan COSMODERM. Para blogger KBBA9 sangat bertuah kerana telah berpeluang menyertai bengkel ini secara percuma!

Bengkel Fotofon Bersama SONY Dengan Kerjasama MaTIC dan COSMODERM
Berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) Jalan Ampang, pada Sabtu, 10 Februari 2018, bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 29 orang blogger KBBA9. Ianya bertujuan untuk melengkapkan mereka dengan ilmu mengenai teori dan teknik asas dalam fotografi menggunakan telefon pintar (fotofon).
Bengkel tersebut telah berlangsung dalam suasana yang santai, tapi sarat dengan perkongsian ilmu daripada fotografer yang berpengalaman dari SONY Malaysia iaitu Encik Rahman Roslan. Bermula sebagai photojournalist sejak tahun 2006, beliau telah berkecimpung dalam pelbagai kategori fotografi daripada dokumentari hinggalah ke pengiklanan.

Mengikut kata Encik Rahman, dengan pengetahuan mengenai teknik asas dan skill fotografi, gambar yang diambil menggunakan telefon pintar juga mampu setanding dengan gambar yang diambil menggunakan kamera. Malah, orang yang melihat gambar tersebut tidak dapat membezakan pun samada ianya diambil menggunakan kamera telefon pintar atau kamera biasa.

Yang penting ialah pengetahuan mengenai teknik asas fotofon menggunakan manual setting iaitu aperture, shutter speed dan ISO, serta elemen penting dalam fotografi iaitu light, frame, rule of third, foreground, reflection dan perspective line.

Kontest Fotofon COSMODERM
Bukan sekadar mempelajari teknik asas fotofon secara teori, para blogger juga telah mengaplikasikan ilmu secara praktikal semasa sesi ‘outdoor’. Malah, mereka juga berpeluang menyertai kontest fotofon anjuran COSMODERM semasa bengkel tersebut.


Gambar manakah yang telah memenangi kontest ini? Untuk mengetahuinya, sila ke Instagram Kelab Blogger Ben Ashaari.
Terima Kasih Para Penaja!
Bengkel fotofon ini pasti tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sokongan para penaja. Setinggi tinggi penghargaan kepada COSMODERM, MaTIC, SONY Malaysia, Restoran Nelayan Gombak, Cafe Cerita Kambing, KhaisyaDelite, Tasty_Bake, IraBakery, dan BrillPremiumCoffee. Dan tentu sekali, terima kasih sifu Rahman Roslan!







Tidak dilupakan, terima kasih juga kepada AJK yang telah bertungkus lumus untuk memastikan bengkel ini berjalan lancar. Terima kasih daun keladi, moga sudi menguruskan lagi bengkel sebegini…

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bengkel tersebut dan juga teknik asas fotofon, ikuti coretan para blogger KBBA9 yang telah menghadiri bengkel ini.

- Ben Ashaari
- Nina Mirza
- Qaseh Dahlia
- Dianady
- Emarieys
- Ummi Nani
- Izyan Balqis
- Sohoque
- Anazarin
- Aisya Ismail
- Shehan
- Azni
- Salina Johari
- Mama Kembar Tiga
Semoga lebih banyak lagi bengkel pembelajaran seperti ini dapat dianjurkan pada masa hadapan untuk manfaat para blogger serta rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari.
Bestnya dapat ilmu ni, bolehlah tangkap gambar lebih cantik lepas ni walaupun hanya guna handphone.
Seriously…banyak ilmu dapat dimanfaatkan bila join bengkel fotofon ni…
Wahh seronoknya korang yang dapat join. Ilmu yang snagat2 berguna buat kita yang bergelar blogger. Insyaallah kalau ada lagi dekat2 kuantan kita pon akan join jugak..
seronok sangat dah ni.. ada teori sekali praktikal.Memang berbaloi dan bertuah yang mana join.Kuantan pleaseeeee!
Pengisian ilmu yang mantap!
Memang mantap!
wahh bestnya byk ilmu yg boleh di kongsi..best juga kalau berpeluang dapat join bengkel ni..