
Blogger KBBA9 Serbu Restoran Cheese Banjir Desa Pandan Kuala Lumpur
Meleleh-leleh cheese nya sesuailah dengan nama Restoran Cheese Banjir. Amboi, sakan tengok rakan-rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) menjamu selera dengan pelbagai hidangan di Restoran Cheese Banjir. Admin sangkakan makan cheese semata, tapi ada hidangan lain lagi lah. Rugi admin tak join sekali kan. Tapi tak apalah bagi peluang rakan-rakan menggemukkan diri dulu. Eh, admin gurau-gurau jer.
Restoran Cheese Banjir.
Restoran yang diusahakan salah seorang partner usahawan bernama Encik Mamu dengan menyediakan pelbagai jenis menu yang ada. Antaranya Meat Ball Berapi, Chicken Chop, Fish & Chip, Meatza, Lamb Chop yang dicurahi dengan chesee sampai meleleh. Lain-lain menu seperti Udang Gourgon Butter, Asam Pedas pun ada. Untuk datang ke sini, pastikan perut anda betul-betul kosong kerana anda akan menyesal sekiranya makan sedikit. Jom kita tengok apa yang rakan-rakan blogger rekomenkan:
- Meatball Naga Berapi. Yang ni kalau 3 orang makan pun tak lepas sebab portionnya sangat banyak! Sesuai untuk 7-8 orang makan. – Izyan
- Puas digoda dengan kambing grill yang dibanjiri dengan cheese, kak Ti tertanya-tanya jugak apa agaknya hidangan seterusnya yang disediakan untuk kami..- Tati
- Yang penting, kena makan panas-panas tu. Udang nya besar dan segar, & yang penting, DISALUT SEMPURNA – Ann
- Bila menu pilihan dibawa keluar satu persatu, tergamam weh. Tambah-tambah lagi Lamb Grill The Hulk sebab tengok cheese yang dituang tu melimpah gila. Penuh pinggan cheese dia and disediakan sekali dengan spaghetti, coleslaw dan mash potato.- Firr
- Pada yang mencari makanan Western dan masakan Melayu di siang hari, Restoran Cheese Banjir adalah jawapannya! Boleh lunch dengan Western food tau. – Yulia
- Asam pedas ni umpphh.. Rasa cukup, cili masak dengan betul, tidak terlalu masam, ikan segar dan cantik. Pedas tu menyengat tapi taknak berhenti makan. – Lynda
- Portion tuk Meatball Naga berapi tuu katanya tuk makan 8 orang! Kalau makan setakat rasa-rasa, mau 15 orang makan baru licin! Boleh lah kongsi-kongsi makan, kongsi-kongsi bayar. Puashati laa – Nina
- Dia punya bauuuuuuuuuu.. hahahaha.. tak sampai hati makan sorang sorang kat situ. Teringat mak dan wife kat rumah. Boleh makan bersama.. – Ben
- Makan Sudah! Kenyang Pun Sudah! Tiba Masa Berangkat Pulang Dengan Membawa Perut Yang Sebu! – Cik Za
Tergoda? Macam mana tidak tergodakan. Memang puas hatilah makan. Awal datang dengan perut kosong balik rumah perut dah sebu.
Menu Istimewa Tahun 2018
Isitmewanya tahun 2018 ni, ada menu baru iaitu Meatza Tarik atau Pizza Tanpa Doh Roti. Sejenis pizza yang ‘crust’ nya diperbuat daripada crust berasaskan daging. Boleh layari laman sosial Restoran Cheese Banjir ini tengok video yang dihasilkan. Bagaimana Meatza Tarik ini ditayangkan, begitulah akan anda menikmati yang sebenarnya. Maknanya sama yang anda lihat dan yang akan anda rasa. Apa tunggu lagi. Jom ke sana!!!