
Buffet Ramadhan 2017
Tak lama lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak bakal tiba. Selain daripada berbuka puasa dirumah, tentu ramai yang tercari cari lokasi terbaik untuk menikmati Buffet Ramadhan juga. Hidangan yang enak, harga berpatutan serta keselesaan dan kemudahan yang ada dilokasi tersebut pastinya kriteria penting, terutama sekali apabila berbuka puasa bersama keluarga dan rakan taulan. Disini kami senaraikan beberapa Buffet Ramadhan 2017 yang terbaik di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Buffet Ramadhan 2017 Dalam Kuala Lumpur
Hotel Seri Pacific
‘Halaman Haji Saad’ nama diberi, Buffet Ramadhan di Hotel Seri Pacific ini menyajikan masakan berkonsep tradisional yang menggamit kenangan berbuka puasa di kampung halaman. Diantara menu istimewa yang menjadi sebutan rakan blogger #KBBA9 ialah Nasi Beriani Rusa, Ikan Patin Tempoyak, Ikan Keli Sambal Hijau, Kupang Tumis Belacan, Kambing Golek, Sup Gearbox, Kuey Teow Goreng dan Serawa Durian.
Buffet Ramadhan 2017 di Seri Pacific Hotel ini akan berlangsung dari 27 Mei 2017 hingga 22 Jun 2017 dengan harga RM98 (dewasa) dan RM45 (kanak-kanak). Untuk tempahan atau keterangan lanjut boleh hubungi talian 03-4049 4351 / 4352 atau email: sfbresv@seripacific.com. Layari juga www.seripacifichotel.com
Anda nak tahu apa lagi keistimewaan Buffet Ramadhan di Seri Pacific Hotel? Berikut adalah review daripada blogger #KBBA9 yang telah berpeluang menikmatinya:
Kuala Lumpur International Hotel
Rindukan masakan kampung sejati? Kuala Lumpur International Hotel menyajikan Buffet Ramadhan dengan hidangan yang tentu dapat mengubati rindu tersebut. Diantara lauk kampung yang disajikan termasuklah Kari Kepala Ikan, Ketam Kari ala Bonda, Sotong Tumis Jintan, Siput Sedut Lemak Keledek, Daging Kurma Utara, Gulai Ikan Tongkol, Daging Salai Masak Lemak, Gulai Nenas Ikan Masin, Ikan Kembung dan Pari Panggang dibalut daun pisang dan air asam.


Masakan kampung sejati tentunya tidak lengkap tanpa kerabu dan sambal pelbagai jenis. Keenakkan sebanyak 30 aneka jenis kerabu dan 15 jenis sambal di Kuala Lumpur International Hotel yang dihidangkan berbeza setiap hari pastinya membuka selera.
Diantaranya ialah Kerabu Mangga, Sotong, Daging Salai, Rebung, Surimi, Pucuk Gajus, Limau Barli, Nangka Muda, Pucuk Paku, Obor-Obor, Dabu Dabu Manado, Sambal Ijo, Berembang Asem, Udang Geragau yang garing dan pedas, Udang Kering Nyonya, Lonteh, Sambal Hitam Pahang, Cencaluk, Tempoyak, Budu dan Belacan yang sedap dicicah pelbagai jenis ulam-ulaman segar.



Buffet Ramadhan 2017 di Kuala Lumpur International Hotel ini akan berlangsung seawal hari pertama bulan Ramadan hingga menjelang malam Aidilfitri, dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam dengan harga RM69 (dewasa) dan RM35 (kanak-kanak). Untuk tempahan atau keterangan lanjut hubungi En Azli bin Ariffin, Pengurus Jualan & Pemasaran ditalian www.wasap.my/60193822100 atau layari www.klitel.com.my.
Berikut adalah review daripada blogger #KBBA9 mengenai Bufet Ramadhan di Kuala Lumpur International Hotel:
Buffet Ramadhan 2017 Dalam Selangor
Bangi Golf Resort
Bercirikan masakan popular ala Melayu, Barat dan Timur, Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort tahun ini menyajikan sehingga 200 jenis hidangan! Diantaranya ialah Kambing Bakar, Nasi Lemak Istimewa, Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma, Lasagna Ayam dan Golden Sand Spaghetti Carbonara.
Disamping itu, Buffet Buah Durian turut disediakan disini. Untuk yang ‘hantu durian’, jangan lepaskan peluang untuk menikmati ‘Raja Buah’ ini sepuas puasnya.



Buffet Ramadhan 2017 di Bangi Golf Resort ini akan berlangsung dari 29 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017 dengan harga RM58 (dewasa) dan RM28 (kanak-kanak). Untuk tempahan atau keterangan lanjut hubungi Nurul Adira Kamil di talian 0111-057 5088 / 03 8925 3728 / 8210 2288 atau email: pr@bgrrest.com. Layari juga www.bgrrest.com
Diantara blogger #KBBA9 yang telah menikmati keenakan sajian di Bangi Golf Resort ini ialah:
Hotel Grand Blue Wave
Buffet Ramadhan 2017 di Hotel Grand Blue Wave ini akan berlangsung dari 27 Mei 2017 hingga 24 Jun 2017 dengan harga RM115 (dewasa) dan RM65 (kanak-kanak dan warga emas). Untuk tempahan atau keterangan lanjut hubungi talian 03-5511 8811 ext : 2801, 2804 atau 2806, email : dosm@bluewavehotels.com atau layari www.bluewavehotels.com
Baca review daripada UmmiNani mengenai Buffet Ramadhan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam.
Buffet Ramadhan 2017 Dalam Putrajaya
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Buffet Ramadhan 2017 di PICC akan berlangsung dari 29 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017 dengan harga RM98 bagi dewasa dan RM49 untuk kanak-kanak. Untuk tempahan atau keterangan lanjut hubungi talian 03-8887 6000 atau layari www.picc.com.my.
Diantara blogger #KBBA9 yang telah menikmati Buffet Ramadhan 2017 di PICC ini ialah:
Taman Ekuestrian Putrajaya
Buffet Ramadhan 2017 di Taman Ekuestrian Putrajaya ini akan berlangsung dari 29 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017 dengan harga RM88 (dewasa) dan RM44 (kanak-kanak). Untuk tempahan atau keterangan lanjut hubungi talian 019-9307794, belian tiket online di https://www.ticketonline.my/tep atau layari www.tep.my
Baca review daripada UmmiNani mengenai Buffet Ramadhan di Taman Ekuestrian Putrajaya.
Selamat menyambut Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah berpuasa. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna.
Pergh.. menarik giler.. tertarik nak g semua.ish ish
Terus rasa lapar
Huhuu
Doyannnnn !!! Berbuka ngan doyan memang tak pandang menu lain dah
Fuhhh.. Lapar tgk makanan..
Perghh..lapar pulak rasa huhu
Best-best belaka tempat buka puasa ni.
tgk gmabr pun dah terliur