skip to Main Content
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Selama 6 Minggu Bersama Kevin Zahri

Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Selama 6 Minggu Bersama Kevin Zahri


Cabaran Jom Kurus 1Malaysia yang diasaskan oleh Kevin Zahri, Cikgu Fitness Malaysia program selama 6 minggu kini telah berlabuh. Ia adalah program kurangkan berat badan terbesar di Malaysia.  Bagi mereka yang terlepas untuk menyertai JK1M, jangan risau kerana program ini akan kembali lagi pada bulan Ogos/September dan pendaftaran akan dibuka pada bulan Julai nanti.

Kawasan-Kawasan JK1M

Program Jom Kurus berjalan serentak di lebih 150 kawasan seluruh Malaysia, Singapore dan Brunei. Antara senarai pilihan negeri-negeri mengikut zon termasuk luar negara iaitu Brunei dan Singapore. Setiap kawasan ada team leader yang tersendiri tapi setiap peserta akan dapat bimbingan Kevin Zahri melalui seminar Jom Kurus percuma.

Pengalaman dari rakan blogger KBBA9 yang menyertai JK1M Musim ke-10

Program ini tidak semestinya hanya untuk orang yang obesiti, tapi mempunyai berat badan berlebihan dan nak mulakan kurangkan berat badan dengan aktiviti yang sesuai seperti group training, sukan, senaman outdoor, bengkel pemakanan, Zumba dan lain-lain. Jom baca pengalaman dan aktiviti-aktiviti mereka yang telah menyahut Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia:

  1. Team Charlie KLCC Bersama Kapten Black – Tati
  2. Sessi belajar pilih groceries yang betul – Azni
  3. Jom Kurus 1 Malaysia Team Rawang – Bella
  4. JK1M Buat Aku Aktif Bersukan Kembali – Ana Zarin
  5. Pemakanan Yang Sihat, Potensi Berat Badan Turun? – IQ

Kisah kejayaan peserta-peserta Cabaran Jom Kurus 1Malaysia boleh layari di http://cabaranjomkurus.com/jk1mbeforeafter/

Tahniah rakan-rakan KBBA9 berjaya menyahut cabaran JK1M

 


Ema

A simple life is a beautiful life

This Post Has 4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top