
Family Day KBBA9 2017 : Terima Kasih De Rhu Beach Resort
Bagaikan menjadi tradisi setiap tahun , Founder KBBA9 berusaha mencari peluang untuk para blogger dan ahli keluarga blogger menikmati percutian bersama kawan dan juga keluarga pada satu masa yang sama .
Alhamdulillah , Family Day 2017 kali ini De Rhu Beach Resort yang terletak di Kuantan Pahang iaitu telah sudi menaja penginapan 17 keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari selama 2 hari 1 malam .
Antara bogger yang terlibat dalam percutian kali ini ialah :
- Ben Ashaari
- Saidila
- Ezza
- Umminani
- Lya
- Hanani Mama Kembar 3
- Doc Rozita
- Shakir
- Sohoque
- Abe Que Achmad
- Bella Idura
- Sue Izza
- Bonda Zaidalifah
- Moha
- Mas Saari
- Azni
- Azlinda
Kesemua blogger yang hadir semuanya cukup berpuas hati dengan segala fasiliti yang terdapat di De Rhu Beach Resort . Boleh baca pendapat mereka sendiri diatas .
The Perfect Place To Be
De Rhu Beach Resort yang terletak di Kuantan Pahang boleh disifatkan sebagai “the perfect place to be” kerana segalanya ada disitu .
De Rhu Beach Resort juga mempunyai keluasan resort yang cukup besar , padang riadah dan pantai yang bersih , pilihan kolam renang pelbagai saiz dan kedalaman dan terdapat pelbagai aktiviti indoor dan outdoor juga boleh dilakukan disitu .
De Rhu beach Resort juga lengkap dengan bilik karaoke , gymnasium , 10 bilik pelbagai kegunaan seperti mesyuarat , seminar dan sebarang majlis yang boleh digunakan pada satu-satu masa yang sama .
De Rhu beach Resort juga sangat sesuai untuk dijadikan sebagai tempat berkumpul untuk aktiviti team building bagi syarikat korporat dan swasta , rehlah dan reunion , majlis ulang tahun kelahiran atau perkhawinan atau wedding reception ala desa dan taman .
Bagi yang berminat nak rasa pengalaman di De Rhu Bech Resort seperti ahli Kelab Blogger Ben Ashaari , boleh terus masuk ke :
Laman Sesawang : De Rhu Bech Resort
Alamat : LKPP De Rhu Beach Resort
152, Sungai Karang, Beserah
26100 Kuantan
Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Telefon : +609 5579 000
Fax : +609 5579 002
e-Mail: drbr@derhu.com.my
Facebook : De Rhu Beach Resort , Kuantan
Nota : untuk pengetahuan , pada bulan lepas admin s juga telah berjaya membeli 2 baucar penginapan di De Rhu Beach Resort dengan harga yang rendah semasa berlangsungnya Matta Fair . Nampaknya admin s tak sabar nak repeat bersantai di sana pada cuti nanti .
De Rhu Beach Resort memang sesuai untuk bercuti bersama keluarga. Dah plan nak pergi lagi ni hehe
de rhu beach resort memang best,pasti akan kunjungi lagi.
Seronok sangat dapat luangkan masa bersama walaupon bukan semua dapat hadir .. De Rhu Beach Resort menjadi saksi kemesraan kita..
Semoga KBBA9 akan terus berkembang maju seoring usia..Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan hingga ke syurga..
kami pun nak repeat tp kalau ramai2 lagi best.. jom.. jom!