skip to Main Content
Infaq Ramadhan LAPOWEY Kepada Yang Memerlukan

Infaq Ramadhan LAPOWEY Kepada Yang Memerlukan


Alhamdulillah , kini kita sudah berada di bulan Syaaban. InsyaAllah jika diizinkan sampailah kita pada bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu bulan Ramadhan.

Pada bulan Ramadhan segala amal kebaikkan yang kita lakukan akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. Antara perkara yang kita boleh lakukan sempena bulan Ramadhan nanti ialah bersedekah dan memberi makan kepada mereka yang berpuasa.

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikit pun mengurangi pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang bakal menjelma kurang lebih 26 hari sahaja lagi, kami di team Blogger Ben Ashaari sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak pengurusan Lapowey untuk menguar-uarkan perkara ini kepada masyarakat diluar sana yang sedang mencari peluang untuk meng’infaq’kan makanan kepada mereka yang memerlukan seperti rumah kebajikan anak yatim, rumah orang tua, rumah perlindungan, pusat gelandangan dan pusat tahfiz. Tak ketinggalan kepada frontliners yang bertugas seperti pasukan keselamatan polis, bomba dan lain-lain lagi.

Kami juga amat berpuas hati dengan rasa makanan yang telah diterima team kami semasa ujian rasa termasuklah cara pembungkusan, penghantaran yang bagi kami sangat praktikal.

Cara Membuat Tempahan Infaq

Pihak peng’Infaq atau penderma hanya perlu membuat tempahan kepada pihak Lapowey mengikut menu yang ada beserta kuantiti pax yang diperlukan.

  • Terdapat 6 menu pilihan yang sangat sedap sesuai untuk golongan kanak-kanak dan warga emas
  • Minima tempahan adalah sebanyak 100 pax yang boleh dibahagikan kepada 2 tempat berlainan atau dan hari yang berbeza.
  • Setiap set menu datang dengan sebotol air mineral dan kurma yang berkualiti.
  • Penghantara PERCUMA sekitar Lembah Klang
  • Harga set bermula dari serendah Rm8.
  • Tempahan awal adalah digalakkan.

Baca juga pandangan peribadi beberapa orang blogger kami seperti Ben Ashaari , Che Mat Gebu , Saidila , Aisya Ismail , Qaseh Dalia dan Salina Johari mengenai Lapowey.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Infaq Ramadhan Lapowey sila hubungi nombor-nombor yang tertera dibawah.

Website : https://www.lapowey.com/
Facebook : Lapo Wey
Instagram : https://instagram.com/lapo_wey
Office : 03-77341278

Call/Wasap Person Incharge :
http://www.wasap.my/60126098484/infaq (Za’ba)
http://www.wasap.my/60176762067/infaq (Fahmi)
http://www.wasap.my/60198834745/infaq (Mala)
http://www.wasap.my/60172996004/infaq (Irwan)

Semoga Allah menerima amal kebaikkan kita dibulan Ramadhan dan diberi ganjaran yang berlipat ganda. InsyaAllah.


Saidila Lifestyle

"Trusting is hard. Knowing who to trust, even harder."

This Post Has 12 Comments
  1. Alhamdulillah…moga akan ada lebih ramai yg suka buat benda baik macam ni… lagipun dia punya makanan jujur kata sedap..Moga sentiasa dimurahkan rezeki bagi yg berinfaq

  2. Alhamdulillah .. Menarik juga ni untuk kita sama2 ber INFAK di bulan Ramadhan yang mulia nanti. Nampak menu diaorang pon sedap sedap belaka. Ramai juga KakYa nampak sahabat yang dah try menu makanan kat sini. Rata2 cakap sedap. Kalau dekat KakYa pon nak try jugak..

  3. Alhamdulillah.. ada servis macamni lagi mudahlah nak berinfaq. Menu semuanya sedap2, pakaging dan harga sangat memuaskan hati. Terbaik!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top