skip to Main Content
KBBA9 Berlayar Di Lautan Biru Bersama Kapal Latihan Gagah Samudera

KBBA9 Berlayar Di Lautan Biru Bersama Kapal Latihan Gagah Samudera


Bukan sebarangan orang awam yang dapat merasai pengalaman berlayar ke Selat Melaka diatas kapal kepunyaan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM). Oleh itu, peluang untuk menyelami tugas anak kapal Gagah Samudera tentu sekali telah memberikan pengalaman yang sangat berharga untuk tiga orang blogger KBBA9 yang telah menyertai Progam TLDM Bersama Media 2017 pada 14 Disember 2017 yang lalu.

Program TLDM Bersama Media 2017

Blogger KBBA9 iaitu Saidila, Ayu dan Jean sangat bertuah kerana menjadi diantara orang awam yang pertama dapat menaiki Kapal Latihan Gagah Samudera ini. Teruja mereka menceritakan tentang pengalaman belayar di lautan biru bersama TLDM, satu kenangan manis buat mereka!

Blogger KBBA9 yang menghadiri Program TLDM Bersama Media 2017

Kerana teruja, seawal jam 7.25 pagi lagi Saidila telah berada di Pangkalan TLDM pada hari tersebut. Kagum melihat kapal Gagah Samudera, Saidila mengatakan beliau “ternganga tengok kapal GAGAH SAMUDERA, ibarat gadis cantik bertemu abang sado kekdahnya”.

Kapal Latihan GAGAH SAMUDERA 271 (KLGS)

Kerana minat, blogger Ayu telah menyelami lebih lanjut tentang sejarah kapal ini. Katanya, kapal Gagah Samudera 271 (KLGS) ni merupakan kapal pertama bagi tujuan latihan warga TLDM yang telah disiapkan dan diserahkan kepada TLDM pada 1 Mac 2017.

Sebelum beroperasi sepenuhnya KLGS diletakkan di bawah Markas Pemerintahan Armada Barat dan telah menjalani Latihan Penyesuaian di laut mulai 30 Mac sehingga 5 Mei 2017 yang lalu.

KLGS boleh memuatkan 45 orang kru terdiri daripada 8 pegawai dan 37 anggota. Boleh menampung 60 pelatih dan 10 jurulatih pada satu-satu masa.

Jean pula kagum dengan kecanggihan sistem radar, navigasi dan komunikasi yang terdapat diatas kapal ini contohnya sistem radar Kelvin Hughes Sharp Eye S & X Band, dan juga sistem tempur seperti MSI 30mm Cannon.

Aktiviti Semasa Program TLDM Bersama Media 2017

Pelbagai aktiviti menarik telah dilalui oleh Saidila, Ayu dan Jean sepanjang Program TLDM Bersama Media 2017, termasuklah:

  • Melawat kabin dan kokpit KLGS
  • Latihan keselamatan dan melawan kebakaran
  • Menyaksikan misi memindahkan barang dari kapal ke kapal
  • Peluang menembak menggunakan Rifle dan pistol ditengah lautan

 


Hargai Tugas Dan Pengorbanan Anggota TLDM

Admin cadangkan agar anda baca sendiri di blog Saidila, Ayu dan Jean tentang pengalaman dan perasan mereka ketika mengikuti program ini. Apa yang pasti, ketiga tiga mereka kini lebih memahami tentang kehidupan sebagai anak kapal TLDM.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua anggota TLDM yang sanggup berkorban dan setia berkhidmat untuk negara dan bangsa. Respek!

Baca pengalaman blogger KBBA9 di:

Berlayar Ke Selat Melaka Bersama Kapal Latihan GAGAH SAMUDERA Di Program TLDM Bersama Media 2017

Menyelami Tugas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diatas Kapal Latihan GAGAH SAMUDERA 271

A Day In The Life Of A Naval Officer – A Day With The Royal Malaysian Navy

Untuk maklumat lanjut tentang TLDM boleh lawati laman sosial di bawah:
Website : www.navy.mil.my
Twitter : @tldm_rasmi
Instagram : @tldm_rasmi

Mama Kembar Tiga

Mak anak tiga yang suka berkongsi cerita dan kuat makan.

This Post Has One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top