
KBBA9 Turun Padang Bersama Lembaga Zakat Selangor Untuk Program Skuad Jejak Kemiskinan
Untuk pengetahuan, pada 24 Julai 2019 yang lepas Lembaga Zakat Selangor bersama dengan pengeluar zakat yang terdiri dari daripada wakil syarikat korporat di Selangor telah bersama untuk turun padang menjejaki dan menyantuni keluarga yang layak didaftarkan sebagai golongan asnaf.
Ahli Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Admin S sendiri dan juga Tati Mansur juga tidak ketinggalan untuk mengikuti program SJK sekaligus memberi maklumat kepada masyarakat yang ingin tahu bagaimana bancian terhadap golongan asanaf fakir dan miskin dijalankan .
Operasi rutin yang bersifat cari , siasat dan bantu ini bertujuan bagi mengenal pasti individu atau keluarga yang memerrlukan bantuan dan akan diseneraikan sebagai asnaf fakir, miskin dan mualaf.
Matlamat LZS untuk menangani kemiskinan di Selangor, iaitu kepada golongan yang layak, namun masih belum disantuni oleh LZS atas beberapa faktor.

Melalui operasi ini, siasatan secara terus dari rumah ke rumah dijalankan di lokasi bagi menyemak keperluan berdasarkan haddul kifayah (garis panduan kemiskinan) keluarga yang terlibat.

Seterusnya keluarga yang layak didaftarkan sebagai asnaf akan disantuni dengan bantuan zakat seperti bantuan yuran dan kelengkapan persekolahan, bantuan Ramadhan dan Hari Raya serta bantuan lain bergantung kepada keperluan semasa keluarga tersebut.

Selain itu aktiviti turun padang turut menjejak keperluan lain bagi umat Islam dikawasan tersekitar malalui agihan wang zakat kepada asnaf Gharimin dan Fisabilillah.

Operasi SJK kali ini turut disertai oleh wakil dari syarikat pengeluar zakat bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman secara langsung berkaitan gerak kerja pengagihan zakat di Selangor terutama dalam mengenal pasti asnaf fakir dan miskin.
Antara syarikat yang turut menyertai program ini termasuklah rakan media, penulis blog dari Kelab Blogger Ben Ashaari , SIRIM Berhad , SIRIM QAS International , SIRIM QAS Sdn Bhd , Malaysia Airport Holding Berhad, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) , Symphony Life Berhad dan Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd.

Untuk makluman, sehingga Jun 2019 seramai 59,628 keluarga asnaf fakir dan miskin di Selangor telah disantuni oleh LZS. Daripada jumlah tersebut, 6,193 adalah keluarga asnaf di daerah Gombak.
PENYERAHAN KEPADA PENERIMA BANTUAN ZAKAT

- BANTUAN PERUBATAN SEBANYAK RM26,280.00 KEPADA MOHD ZAHIRMUHAKIM MOHD ZAHIB
- BANTUAN PERUBATAN SEBANYAK RM10,000.00 KEPADA NUR AZREEN ARIFFIN
- BANTUAN TUNGGAKAN BIL UTILITI SEBANAYK RM7,172.15 KEPADA MOHAMED ISA OTHMAN
- BANTUAN SUMBANGAN PEMBELIAN KARPET SURAU SEBANYAK 33,840.00N KEPADA SURAU MAFAQAH, TAMAN MELAWATI
- BANTUAN PROGRAM ISLAH ASNAF FAKIR MISKIN SEBANYAK RM10,000.00 KEPADA MASJID UKAY PERDANA
- BANTUAN SUMBANGAN P.A SISTEM SEBANYAK RM5000.00 KEPADA MUSOLLAH SRI BAIDURI UKAY PERDANA
Semoga Allah merahmati dan menambah rezeki para pengeluar zakat demi membantu umat Islam.
wahhh Alhamdulillah Terbaik Lembaga Zakat Selangor…nanti nak join jugaklah dorang buat activity mcm ni…LZS is Awesome
Alhamdulillah. Terbaik betul program macam ni..
Aktiviti yang baik dan bermanfaat.
Bagusnya LZS anjurkan program camni, kita pun tahu kemana duit zakat kita disalurkan! Tahniah LZS.