
Kelab Blogger Ben Ashaari Dilantik Komuniti Blogger Rasmi Kejohanan Supermoto FIM Asia
Debaran yang semakin dirasai menjelangnya musim pembukaan Kejohanan Supermoto FIM Asia 2017 di Bangkok telah membawa pelbagai peristiwa bersejarah termasuklah perlantikan Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) sebagai Komuniti Blogger Rasmi kejohanan ini. Perlantikan salah satu komuniti blog terkemuka di Malaysia ini menandakan kemasukan Kejohanan ini ke dataran digital bagi musim 2017.
Kejohanan Supermoto FIM Asia 2017
Kejohanan Supermoto FIM Asia adalah kejohanan SuperMoto yang pertama dan terhangat di Asia dengan lebih daripada 20 penunggang menyeberangi seluruh dunia yang bersaing untuk gelaran juara kejohanan keseluruhan. Musim 2017 akan dibuka di Thailand Circuit Motorsport Complex, Nakhon Chai Si pada 2 dan 3 September 2017.

“Kelab Blogger Ben Ashaari adalah kelab bereputasi tinggi dalam menyampaikan kandungan digital yang berkualiti. Saya percaya kehadiran mereka pada pusingan terakhir tahun lepas di Shah Alam memberi kesan dalam meningkatkan status kejohanan, dengan peningkatan pengikut dan kemunculan di pelbagai dataran digital. Kami berharap melalui kolaborasi rasmi ini, portfolio kejohanan dan komuniti blog di mata awam akan terus meningkat” kata Satheswaran Mayachandran, CEO Asia Supersports Group.
Kejohanan Supermoto FIM Asia tahun lepas telah menyaksikan prestasi yang menakjubkan ketika penunggang Malaysia, Muhd Habibullah, memenangi gelaran juara kejohanan keseluruhan. Dengan pemulangan juara keseluruhan musim 2015, Trakarn Thangthong dari Thailand, status ‘Ace’ negara Malaysia akan diletakkan dalam situasi yang merbahaya.
“Pengalaman pertama kami dalam kejohanan musim lalu membuka mata kami terhadap potensi kejohanan ini. Pelantikan kelab kami sebagai Komuniti Blog Rasmi akan meningkatkan dan mengembangkan pengalaman kami dalam penyediaan kandungan media digital dan sosial, khususnya dalam industri sukan permotoran.
Saya berharap agar para blogger kami dapat menikmati perlumbaan dan menyelami kemahiran kewartawanan sukan profesional untuk meningkatkan portfolio blog kami. Kami amat teruja dan menantikan perkongsian ini dengan Asia Supersports Group” kata Ben Ashaari, pengasas dan presiden KBBA9.

Siaran Langsung Kejohanan Supermoto FIM Asia 2017
Kejohanan Supermoto FIM Asia 2017 akan disiarkan secara langsung di Twenty3.tv untuk para peminat global bagi menikmati perlumbaan yang penuh aksi di antara para-pelumba SuperMoto terbaik di dunia.
Twenty3.tv adalah platform Over-The-Top (OTT) yang dikuasakan oleh E-Plus Global Sdn Bhd yang akan menyalurkan perlumbaan di Thailand dalam HD pada pukul 11:00 pagi dan 10:00 pagi (+7.00 GMT) pada 2 dan 3 September 2017 berturut-turut.
Kemuncak Kejohanan Supermoto FIM Asia 2017 akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 16 & 17 Disember 2017
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.supermotoasia.com
Kejohanan Supermoto FIM Asia dipromosikan oleh Asia Supersports Group, konsortium tiga syarikat iaitu Bikenation Motorsports Sdn Bhd, Trade My Superbike dan E-Plus Global Sdn Bhd; disetujui oleh FIM Asia dan FMSCT; dan disokong oleh Malaysia Major Events, sebuah divisi Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia), Malay Mail, Kelab Blogger Ben Ashaari dan TX Sports.
#FIMasia
#asiasupersportgroup
#MME
#kbba9
#SuperMotoFIMasia2017
#kelabbloggerbenashaari
Tahniah KBBA9. Semoga lebih membuka mata penganjur-penganjur bertaraf antarabangsa yang lain dan peluang-peluang yang lebih besar di masa hadapan. Syabas sekali lagi!
Kudos KBBA9.. Semoga akan ada lebih banyak kejayaan kejayaan yang membanggakan..
Tahniah! Bangga dengan pencapaian KBBA dari masa ke masa. Semoga terus sukses bersama dengan ahli-ahlinya.
Tahniah buat KBBA9.. Semova terus maju jaya di peringkat antarabangsa.. KBBA9 best !!
Tahniah KBBA9!! Bangga jadi sebahagian dari team ni.