
Kembara #KBBA Ke Royal Belum Rainforest Tempat Pencinta Hutan Semulajadi
Team Kembara Kbba9 sekali lagi ke negeri Perak. Sebelum ini ke Ipoh, Perak kali ini ke The Royal Belum Rainforest, Pulau Banding, Gerik, Perak. Malaysia sangat kaya dengan khazanah alam semulajadi seperti hutan bukit, hutan bakau, hutan paya, hutan hujan, hutan gunung dan gua batu kapur. Salah satunya adalah Royal Belum Rainforest. Bagi pencinta alam semulajadi di sinilah tempatnya untuk anda terokai.
Royal Belum Rainforest
Terokai keajaiban Rainforest Belum-Temengor dengan bantuan panduan berpengalaman dari pihak Royal Belum. Pengalaman menawan ke dalam habitat binatang-binatang paling luar biasa. Menjelajah Herbal Garde yang terletak di dalam pusat peranginan. Exploration berjalan melalui Banding Forest Trail menjejaki alam semula jadi ini. Kampung Seri Wangi, perkampungan orang asli terletaknya suku kaum Jahai Temia. Mereka ini dijaga oleh beberapa badan yang bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan dan sebagainya.
Royal Belum habitat kepada 10 spesis Enggang (Hornbill), 3 spesis Rafflesia, 14 spesis haiwan terancam dan lebih 3000 spesis flora & fauna. Royal Belum juga sangat terkenal di kalangan “bird watcher” kerana di sini terdapat beberapa spesis burung yang “rare” antaranya hornbill, kingfisher & grey fish eagle. Menarik. Jom baca lagi perkongsian dari team Kbba9 di sana:
- kena gi berkelah atau berkhemah di Riverine Nature Camp ! Tak kira la bersama kawan atau keluarga, berkhemah di situ menjanjikan keseronokkan – by Ben.
- Royal Belum ni juga mempunyai rahsia² tersembunyi tau?!… – by Jean
- Alang-alang sudah terbasahkan kaki bagi ikan makan, masuk terus dalam air basahkan satu badan.- by Fiqqq
Aktiviti menarik
- Menjejaki bunga Rafflesia
- Trekking ke Santuari Ikan Sungai Kooi
- Keindahan Air Terjun Sungai Ruok
- Perkampungan orang asli
Cara untuk ke sana
Terdapat pelbagai cara untuk sampai ke Royal Belum antaranya pandu sendiri, bas, keretapi dan helikopter. Perjalanan yang mencabar dan menarik bermula di sini. Memandangkan team #Kbba9 bergerak dari Kuala Lumpur dengan memandu sendiri yang mengambil masa lebih kurang 5 jam melalui Lebuhraya Utara-Selatan ke Ipoh. Menuju ke utara ke arah Kuala Kangsar, Sauk, Lenggong dan Gerik. Masuk ke Lebuhraya Timur-Barat sehingga jumpa papan tanda yang akan menunjukkan arah ke Jeti Awam Pulau Banding di mana bot disediakan untuk sampai ke resort Royal Belum.
Antara laluan lain:
Dari Pulau Pinang – Royal Belum terletak kira-kira 250 km dari Pulau Pinang (memandu kira-kira 3 jam). Ke Kuala Kangsar dan Gerik kemudian memasuki Lebuhraya Timur-Barat sehingga jumpa papan tanda menunjukkan arah ke Jeti Awam Pulau Banding.
Dari Kelantan – Royal Belum terletak kira-kira 180 km dari Kelantan (lebih kurang 3 jam perjalanan). Ikut Lebuhraya Timur-Barat sehingga jumpa papan tanda yang akan menunjukkan arah ke Jeti Awam Pulau Banding.
Keretapi
Perjalanan ke Royal Belum dengan kereta api boleh menjadi cara yang paling mencabar. Walau bagaimanapun, kereta api hanya akan sampai ke stesen kereta api Ipoh. Oleh itu, perlu untuk mendapatkan perjalanan bas dari stesen bas Ipoh ke Pulau Banding. Walaubagaimanapun, pastikan dengan jadual perjalanan bas, ini kerana jadual bas untuk ke destinasi adalah terhad dan perlu merancang perjalanan sebaiknya.
Kredit : Perbadanan Taman Negeri Perak
Helikopter
Perkhidmatan sewa helikopter kepada Banding Island boleh didapati dari lapangan-lapangan terbang ini:
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
- Sultan Abdul Aziz Shah Airport di Subang (Subang)
- Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (Pulau Pinang)
Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman The Royal Belum Rainforest:
cantik dan menarik tempat ni…ada masa boleh pi sini…hihihi