skip to Main Content
Kembara #KBBA9-Cosmoderm Ke Korea Bersama Ayden Averroes Travel

Kembara #KBBA9-Cosmoderm ke Korea Bersama Ayden Averroes Travel


Pada 15-19 Disember 2017, dua orang blogger KBBA9 telah berpeluang menikmati percutian ke luar negara di bawah projek Kembara #KBBA9. Dengan kerjasama Cosmoderm dan Ayden Averroes Travel Sdn Bhd, blogger Saidila dan Hanani (admin) telah menjejakkan kaki ke bumi Seoul, Korea!

Kembara #KBBA9 ke Korea

Pakej Percutian Bajet ke Korea

Melalui pakej percutian bajet 5 hari 4 malam yang diuruskan oleh Pakej Murah Murah Kak Joyah, iaitu agen untuk Ayden Averroes Travel, kami teruja mengembara ala ‘backpackers style’ semasa musim sejuk di Korea.

Diketuai oleh seorang pemandu pelancong yang berpengalaman dan arif tentang selok belok kota Seoul, pakej ini telah membolehkan kami merasai kehidupan seolah olah warga kota Seoul apabila menggunakan pengangkutan awam termasuklah tren, teksi dan bas untuk kemana-mana.

Menaiki tren subway di Seoul.

Memandangkan kami banyak terdedah kepada cuaca yang sejuk dan berangin, produk Cosmoderm yang kami bawa sangat membantu dalam memastikan kulit tidak kering atau gatal-gatal. Deep Heat Lotion pula melegakan lenguh lenguh kaki akibat berjalan sepanjang hari.

Produk Cosmoderm yang sangat sesuai untuk digunakan semasa musim sejuk.
Sapu Deep Heat Lotion sebelum keluar mengembara dan malam sebelum tidur.

Aktiviti dan Tempat Menarik di Korea

Pelbagai tempat menarik telah kami lawati sepanjang bercuti di Korea. Berikut adalah ringkasan aktiviti kami yang sangat menyeronokkan:

Hari Pertama 15.12.2017

  • Berkumpul di KLIA2 dan penerbangan berlepas pada jam 4.00 petang waktu Malaysia. Tiba di Incheon International Airport jam 11.00 malam waktu Korea. Kemudiannya, menaiki bas ke penginapan dan tiba di Namsan Hostel jam 1.30 pagi waktu Korea.
Namsan Hostel terletak dilokasi strategik kerana berdekatan dengan stesen tren subway, perhentian bas dan kedai runcit.
Bilik yang bersih dan selesa.
Pantri lengkap dengan microwave memudahkan untuk memanaskan makanan.

Hari Kedua 16.12.2017

  • Bergerak sekitar jam 11 pagi dan menaiki tren ke Istana Gyeongbokgung, sebuah istana lama yang dibina pada tahun 1395 dan kini telah berusia 622 tahun! Istana Gyeongbokgung ini dikatakan yang tercantik diantara lima buah istana semasa dinasti Joseong.
Di Gyeongbokgung Palace
Upacara pertukaran pengawal istana yang penuh adat istiadat.
Tasik beku kerana cuaca yang amat sejuk.
Taman di Gyeongbokgung Palace.
  • Berjalan kaki ke Insadong, tempat tumpuan muda mudi dan terdapat banyak cafe hipstur disini. Di Insadong Street, kami menikmati makan tengah hari di restoran makanan Halal iaitu Authentic Indian Cuisine & Asian Fusion. Kami juga telah mencuba Hanbok iaitu pakaian tradisi Korea. Harga sewaan ialah 3,000 won untuk 20 minit.
Saidila mahukan kelainan dengan memakai pakaian Maharaja.
  • Menaiki tren ke Namsangol Hanok Village iaitu sebuah perkampungan lama Korea. Terdapat lima buah rumah tradisional Korea yang telah dibaikpulih di Namsangol Hanok Village.

  • Aktiviti ‘free & easy’ ke Myeongdong Street yang terkenal sebagai tempat terbaik untuk membeli belah barangan kosmetik dan juga barangan fesyen terkini di Seoul. Juga terdapat pelbagai pilihan ‘street food’ yang Halal disini.
Myeongdong Street
Mencuba ‘street food’ di Myeongdong.

Hari Ketiga 17.12.2017

  • Keluar seawal jam 5.30 pagi untuk menuju ke Nami Island. Perjalanan menaiki tren, teksi dan feri. Nami Island terkenal sebagai lokasi penggambaran drama popular Winter Sonata. Aktiviti ‘free & easy’ untuk meneroka Nami Island, sebuah pulau yang sangat cantik dan romantik. Terdapat restoran makanan Halal dan juga surau disini.
Di salah satu lokasi penggambaran Winter Sonata

Pelancong dari Indonesia yang berminat mencuba produk Cosmoderm kerana kesejukan di Nami Island.

Keindahan Nami Island

  • Meninggalkan Nami Island sekitar jam 2.00 petang untuk ke Lotte Tower yang merupakan menara paling tinggi di Seoul. Terdapat sebuah pusat membeli belah iaitu Lotte World Mall dan Hard Rock Cafe Seoul terletak disini. Aktiviti ‘free & easy’ dimana ahli kumpulan berpecah untuk ke Lotte World, Gangnam, Myeongdong atau pulang ke penginapan.

Hari Keempat 18.12.2017

Pagi yang indah dan sangat mengujakan apabila salji berguguran di kota Seoul! Satu pengalaman manis yang pasti tidak akan dapat dilupakan.

Teruja!
Berjalan memijak salji, satu pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan.
  • Menaiki tren dan berjalan kaki ke Itaewon kerana bas tidak boleh bergerak ke Itaewon akibat salji lebat. Itaewon merupakan kawasan tumpuan penduduk Islam di Seoul. Disinilah terletaknya Seoul Central Mosque, satu-satunya masjid di Seoul. Juga terdapat banyak restoran makanan Korea Halal disini.
Jalan berbukit di Itaewon
Seoul Central Mosque
  • Menaiki tren ke Namdaemun Market untuk aktiviti ‘free & easy’ serta membeli belah barangan cenderahati dan keronsang disini. Pada jam 5 petang, kedai kedai didalam bangunan akan ditutup dan Namdaemun Night Market akan mula beroperasi. Terdapat ‘street food’ Halal disini.
Namdaemun Market
Banyak pilihan kerongsang yang cantik pada harga berpatutan.
Namdaemun Night Market
  • Pulang ke Namsan Hostel untuk berehat seketika. Kemudiannya keluar berjalan kaki dan menaiki cable car ke Namsan Tower iaitu menara telekomunikasi yang tertinggi di Seoul. Dari atas Namsan Tower, kami dapat menikmati keindahan panorama kota Seoul serta keunikan ‘love padlock’ yang digantung oleh pengunjung ke Namsan Tower. Pulang ke penginapan sekitar jam 11 malam.
Namsan Tower di waktu malam.
Love padlock di Namsan Tower.

Hari kelima 19.12.2017

Hari terakhir di bumi Korea, kami menaiki bas sewa ke lapangan terbang seawal jam 4.30 pagi kerana perlu daftar masuk penerbangan pada jam 6.30 pagi. Berlepas menaiki penerbangan pulang jam 9.30 pagi dan tiba di KLIA2 sekitar jam 3.30 petang. Bersurai dan masing masing pulang membawa seribu satu kenangan indah.

Bergambar dengan rombongan yang mengikuti pakej ini sebelum berlepas pulang ke Malaysia.

Pakej Percutian Ala ‘Backpackers’

Pakej percutian bajet ke Korea ini sangat sesuai untuk mereka yang tidak mahu terlalu terikat dengan jadual kumpulan. Ia mempunyai banyak waktu ‘free & easy’ yang membolehkan kami meneroka dan merasai sendiri bagaimana penduduk kota Seoul menjalani kehidupan seharian mereka.

Walaupun ada insiden sesat di kota Seoul ketika bersiar siar tanpa tour leader, namun ianya telah mengajar kami erti sabar, semangat setiakawan dan berdikari di negara orang. Pastinya ia menjadi kenangan manis yang akan dibawa hingga ke hujung nyawa!

Untuk mengetahui tentang kisah percutian kami dengan lebih lengkap, bolehlah ke blog www.saidila.com dan www.mamakembartiga.com.

Bagi mereka yang ingin mengembara ala ‘backpackers’, tetapi pada masa yang sama ada pemandu pelancong sebagai rujukan, bolehlah memilih pakej percutian bajet ke Korea yang disediakan oleh Ayden Averroes Travel ini. Jom ke Korea!

Kerjasama Kembara @kelabbloggerbenashaari ke Korea bersama :

@Cosmoderm
@AydenAverroes_Travel
@PakejMurahMurahKakJoyah

FB : fb.com/Cosmoderm
FB : fb.com/AydenAverroesTravel
FB : fb.com/PakejMurahMurahKakJoyah

 


Mama Kembar Tiga

Mak anak tiga yang suka berkongsi cerita dan kuat makan.

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top