skip to Main Content
Kembara #KBBA9 Cosmoderm Kolaborasi Bersama Ikhlas Tours Jelajah New Zealand

Kembara #KBBA9 Cosmoderm Kolaborasi Bersama Ikhlas Tours Jelajah New Zealand


Kali ini team #KBBA9 menjelajah negara New Zealand dengan kerjasama Cosmoderm dan Ikhlas Tours. Seramai 4 orang blogger dari KBBA9 telah menikmati detik-detik manis percutian mereka di New Zealand. Sangat teruja melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh mereka sehinggakan admin pun  terasa nak pergi esok terus.

Kolaborasi Bersama Ikhlas Tours

Kolaborasi bersama Ikhlas Tours yang merupakan satu agensi travel yang bertapak di New Zealand dan menyediakan pakej private tour untuk kumpulan kecil antara 4 hingga 20 orang. Agensi travel ini akan membantu merancang percutian yang sesuai dengan bajet dan bebas untuk bercuti secara santai dengan memilih destinasi yang ingin dilawati serta tidak terikat dengan travel plan yang rigid. Semestinya, mahukan percutian yang enjoy dan rileks kan.

Pemilik agensi travel ini iaitu Encik Suhaimi adalah orang Malaysia dan telah 10 tahun menetap di Auckland, New Zealand bersama keluarganya. Ramai pelancong dari Malaysia telah mendapatkan khidmat dari mereka kerana tawaran pakej murah, agensi travel yang dipercayai, bebas bercuti secara santai, dan yang paling best berpeluang memandu sendiri kenderaan seperti Nissan Skyline, Estima, Campervan dan Motorhome  dan mengembaralah sendiri. Jom ke New Zealand!!.

Pengalaman Team #KBBA di New Zealand.

Antara jadual perjalanan team #KBBA9 di New Zealand (North) .

29 Sept – Day 1
18.30 Mendarat di Auckland
Jumpa wakil Ikhlas Tours kat sana
Terus ke tempat penginapan (N1)

30 Sept – Day 2
08.00 Auckland -> Matamata (Hobbiton) – 2 jam 15 minit @ 170 KM
11.00 Hobbiton Tour
15.00 Matamata -> Rotorua – 1 jam @ 70 KM
18.00 Bermalam di Rotorua (N2)

1 Okt – Day 3
08.00 Rotorua -> Whakapap – 2 jam setengah @ 180 KM
15.00 Whakapapa -> Taupo – 1 jam setengah @ 100 KM
18.00 Bermalam di Taupo (N3)

2 Okt – Day 4
08.00 Taupo -> Hamilton – 2 jam @ 140 KM
16.00 Hamilton -> Auckland – 1 jam setengah @ 125 KM
18.00 Bermalam di Auckland (N4)

3 Okt – Day 5
09.00 Checkout
10.00 Bersiar-siar di Bandar Auckland
17.00 Ke Lapangan Terbang Auckland
20.30 Bertolak balik ke Kuala Lumpur

Founder KBBA9 bersama Encik Suhaimi Big Boss Ikhlas Tours

Patut ar rasa macam balik kampung..rupanya saiz Hobbit ni lebih kurang saiz Abam Hoq jer.. – Abam Hoq

Menginap di Rasa Sayang Villa. Pemiliknya bernama Jefri juga berasal dari Malaysia.

Menginap di sini memang disediakan sarapan pagi sekali. Selain tu korang pun leh dapatkan diskaun untuk ke tempat-tempat menarik di Rotorua jika menginap di sini. Malah Jefri sendiri bawa kami ke tempat tersebut. Dia kata rugi kalau tak gi sebab banyak sangat tempat menarik di Rotorua – Blogger SS

Jatuh cinta dengan RedWoods – Wakarewarewa Forest. – Ben

Tahap ketinggian hampir 1600 meter dari aras laut dengan suhu hampir 0 degree. Untuk kenangan, semestinya sanggup bertahan kesejukan.

Muka pun tahan gigil – Shehan

Untuk lebih details mengenai percutian team #KBBA9 ke New Zealand selama 5 hari ini, bolehlah follow blog Ben, Abam Hoq, Shehan dan SS.

Dan untuk dapatkan details mengenai agensi travel Ikhlas Tours sila follow mereka di:

Ikhlas Tours Web

Ikhlas Tours Facebook

Ikhlas Tours Instagram

 

Jika ada yang berminat untuk bekerjasama dengan KBBA9, sila hubungi rakan #KBBA9 atau follow instagram aktiviti KelabBloggerBenAshaari.

 


Ema

A simple life is a beautiful life

This Post Has 11 Comments
  1. Alhamdulillah . KBBA9 semakin dikenali dan rezeki melimpah ruah. Terima Kasih atas kepercayaan Ikhlas Tours dan Cosmoderm yang sentiasa memberi sokongan penuh pada KBBA9 !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top