skip to Main Content
Kembara KBBA9: Kenduri Durian Di Natasya Riverside Resort, Gopeng

Kembara KBBA9: Kenduri Durian di Natasya Riverside Resort, Gopeng


Kembara KBBA9 membuka tirai tahun 2018 dengan menerokai alam semulajadi di Natasya Riverside Resort, Gopeng, Perak. Bukan sekadar ralit menikmati ketenangan suasana kampung, malah para blogger KBBA9 juga ‘langkah kanan’ kerana telah pergi ke sana ketika musim durian. Apa lagi, seronok ‘berkendurian’ lah mereka selama 2 hari 1 malam!

Natasya Riverside Resort

Kenapa Natasya Riverside Resort, Gopeng Patut Jadi Pilihan Anda?

Daripada pengalaman blogger KBBA9, Natasya Riverside Resort adalah sangat sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan, sukakan aktiviti outdoor, pencinta alam sekitar dan penggemar buah-buahan kerana:

  • Kawasan resort dalam suasana kampung yang damai dan tenang. “Macam balik ke kampung sendiri” kata Ben Ashaari.

Natasya Riverside Resort

  • Dikelilingi dusun buah-buahan seperti durian, cempedak dan rambutan. Pihak resort ada menyediakan pakej penginapan dan makan buah-buahan pada harga yang berpatutan. Bagi yang tidak pernah ke dusun durian, pasti teruja. Bak kata Aznan “pengalaman menarik kat sini adalah bila dengar je “gedebummm”.. masing-masing teruja sampai bertepuk tangan… pastu berlari cari buah durian yang gugur”.

Natasya Riverside Resort

  • Penginapan yang bersih dan selesa. Ada dua jenis bilik iaitu kabin dan chalet yang sesuai untuk menginap bersama keluarga atau rakan-rakan. “Bilik memang selesa gila, sesuai untuk yang berkeluarga dan yang bujang-bujang dengan harga yang berpatutan” kata Firr.

Natasya Riverside Resort Kabin

  • Aktiviti outdoor yang mencabar dan menyeronokkan seperti water rafting, hiking ke Bukit Batu Putih, flying fox, wall climbing, horseride, memanah, mandi sungai dan macam macam lagi.

  • Pelbagai kemudahan lain seperti karaoke, dewan makan, taman permainan kanak-kanak dan surau.

Natasya Riverside Resort

  • Kawasan tempat letak kereta yang luas, jadi mudah untuk datang secara berkumpulan.

Mencari Ketenangan Di Natasya Riverside Resort, Gopeng

Membaca coretan dan melihat gambar yang mereka kongsikan di blog masing-masing, membuatkan hati teringin untuk ke sana juga. Ingin ‘melarikan’ diri sebentar daripada hiruk pikuk kesibukan kota dan mencari ketenangan di Natasya Riverside Resort Gopeng!

Jom ikuti kisah percutian rakan blogger yang telah ke sana:

Bagi yang berminat untuk ke Natasya Riverside Resort Gopeng, anda boleh hubungi nombor seperti di bawah untuk tempahan dan keterangan lanjut:

Telefon : 017-4146669

Emailirman@natasyaresort.com

Facebook : Natasya Riverside Resort Gopeng

Instagram: NatasyaRiverside

Alamat : Lot 10855, Jalan Besar, Kg Jahang, 31600 Gopeng, Perak


Mama Kembar Tiga

Mak anak tiga yang suka berkongsi cerita dan kuat makan.

This Post Has 10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top