skip to Main Content
Kempen Jom Sedekah Ke Dalam Tabung Amanah Anak Yatim Selangor Bersama MAIS

Kempen Jom Sedekah Ke Dalam Tabung Amanah Anak Yatim Selangor Bersama MAIS


Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini melancarkan satu kempen yang dinamakan Kempen Jom Sedekah ke dalam Tabung Amanah Anak Yatim Selangor beg mengajak orang ramai untuk bersedekah sempena bulan Ramadan yang akan bakal tiba.

Pelancaran disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato ‘Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dalam Majlis Hi-Tea Bersama Pengamal Media, Rakan Strategik dan Pelancaran Kempen Sedekah Tabung Anak Yatim Negeri Selangor 2021.

Pelaksanaan usaha ini untuk menambah dana tabung untuk keperluan anak yatim agar lebih banyak program dapat dilaksanakan khas membabitkan program sosial dan kebajikan khusus untuk anak-anak ini.

Sebagai sebuah organisasi yang mengusahakan dalam menyantuni anak yatim di Negeri Selangor, MAIS memperuntukkan dana dari Baitulmal MAIS sebanyak RM500,000.00 setiap tahun bagi tujuan kebajikan anak yatim melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), anak syarikat MAIS selaku penyelaras anak-anak yatim dan rumah pertubuhan anak yatim di Negeri Selangor.

Melalui dana yang terkumpul itu, ia akan digunakan untuk kebajikan anak-anak yatim seperti bantuan hari raya dan sebahagiannya juga dimanfaatkan untuk menguruskan rumah-rumah anak yatim yang berdaftar di bawah YIDE.

Menerusi kempen itu yang dijadualkan sepanjang bulan Ramadan, MAIS mengajak badan korporat dan umat Islam di Negeri Selangor untuk turut sama sama-sama membantu kebajikan anak- anak yatim sebagai orang sosial bersama.

Sehingga kini, seramai lebih 8,000 orang anak yatim di Negeri Selangor yang telah berdaftar melalui YIDE. Antara program yang dilaksanakan untuk anak yatim melalui YIDE pada Sumbangan Hari Raya, Bantuan Pra Persekolahan, Berkhatan Perdana, Kem Motivasi dan Riadah Santai.

Orang ramai yang ingin bersedekah ke Tabung Amanah Anak Yatim Selangor bolehlah dibuat secara atas talian melalui http://fpx.mais.gov.my/epay/say.php

Setiap sedekah yang disumbangkan akan mendapat pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44 (6), Akta Cukai Pendapatan 1967.

Kenyataan oleh YAD Tan Sri Dato ‘Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS.

Pada hari tersebut juga MAIS telah menyampaikan sijil penghargaan kepada para media yang selama ini telah membantu pihak MAIS menyebarkan info-info terkini kepada masyarakat seperti RTM , Radio IKIM.FM , TV Alhijrah , Karangkraf dan tak ketinggalan juga kepada Kelab Blogger Ben Ashaari.

Antara blogger yang hadir ke majlis , Saidila, Tati Mansur, Ayue Jean dan Fareez.


Saidila Lifestyle

"Trusting is hard. Knowing who to trust, even harder."

This Post Has 4 Comments
  1. Alhamdulillah .. semoga kempen jom sedekah ini mendapat perhatian dari orang ramai di luar sana. Bersama kita hulurkan tangan ringankan beban ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top