
Kerjasama KBBA9 Dan Inomedik Info Perubatan dan Kesihatan Terkini
Tahniah KBBA9!!! Terkini, Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) menjalinkan kerjasama sebagai satu Komuniti Blogger Rasmi INOMEDIK dalam membantu menyebarkan bahan portal Inomedik kepada orang ramai di media sosial.
INOMEDIK
Sebuah portal perubatan dan kesihatan Malaysia yang menyediakan maklumat dalam pelbagai platform untuk menyampaikan info daripada pakar-pakar perubatan di seluruh Malaysia dan berita kesihatan terkini yang bertujuan memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia. Inomedik.com menyediakan maklumat seperti artikel, video berkualiti, ulasan pakar, dan forum.
INOMEDIK juga adalah kerjasama oleh pihak hospital, Universiti dan NGO. INOMEDIK tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan. Ia sekadar menyalurkan info yang berkaitan tentang kesihatan sahaja seperti 1001 sakit & rawat, ibu & anak, i-sihat, i-berita, i-sokongan, -forum dan tool kesihatan.
Kerjasama KBBA9 dan Inomedik
Dengan kerjasama ini, masyarakat akan lebih mudah untuk mendapat info-info terkini berkaitan kesihatan melalui media sosial. Moga kerjasama ini mampu memberi manfaat sepenuhnya kepada masyarakat di luar sana. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Inomedik, bolehlah layari laman sesawang mereka di www.inomedik.com .
Gud job Kbba
Moga kerjasama ini berjaya dan dapat beri manfaat pada semua.