
Lawatan Sambil Belajar KBBA9 ke Bahagian Hab Halal JAKIM
Pada 5 Disember 2017 beberapa orang blogger KBBA9 telah berpeluang mengikuti lawatan sambil belajar ke Bahagian Hab Halal Jakim. Banyak ilmu telah diperolehi oleh para blogger yang mengikuti program tersebut, terutama sekali tentang prosedur dan syarat-syarat untuk memohon sijil Halal dari Jakim.
Pihak Jakim juga turut memberi penerangan tentang isu-isu Halal yang sering kali diviralkan serta kekeliruan pengguna yang bertebaran di media sosial tentang produk Halal.


Apa Yang Anda Tahu Tentang Sijil Halal?
Alhamdulillah, daripada program tersebut telah memberikan gambaran yang lebih jelas tentang isu Halal ini. Diantara maklumat yang dikongsikan oleh blogger KBBA9 dalam blog mereka termasuklah:
Emarieys – Sijil Halal ini adalah permohonan secara sukarela untuk mendapatkan logo Halal pada produk. Kebanyakan dimohon oleh pengusaha restoran dari luar negara yang beroperasi di Malaysia. Tidak kurang juga, pengusaha restoran di luar negara. Satu proses yang dikawal dengan ketat dan teliti dalam semua aspek pengeluaran.

DorsettPink – Bila baca info kat Halal in Japan rupanya, sebabkan diaorang percayakan status HALAL dari Negara Malaysia ni, and to be exact from JAKIM. Syabas JAKIM (thumbs up) sebab berjaya buatkan negara luar memandang serious aspek HALAL ni. Dan sekarang, bukan sahaja negara Jepun yang menggunapakai Sijil Halal JAKIM tapi turut digunapakai oleh beberapa negara lain, contoh macam Korea dan China.
Nina Mirza – Untuk beberapa negara lain, yang mungkin pilihan destinasi korang bercuti lepas ni, korang boleh semak logo HALAL luar negara yang diiktiraf kat Logo HALAL luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Ada banyakkkk tau! Terutama negara CHINA. Kannn banyak produk dari negara China ada kat mana-mana hypermarket kita. Terutama makanan dalam tin. Sila lah korang mentelaah satu persatu.

Huda – Pihak JAKIM telah menegaskan, mereka tidak pernah mengeluarkan sijil Halal kepada premis yang menjual arak. Jika korang ada terjumpa kedai yang jual arak tapi ada sijil Halal, boleh buat aduan kepada pihak JAKIM yer.
Cik Min – Yang selama ini dengar pelbagai cerita kononnya susah nak dapatkan sijil Halal..mahal la sijil Halal dan sebagainya terjawab sudah..dannn..baru tau kebanyakan cerita tu dongeng semata.
HanieAzura – Dengan adanya seminar macam ni, baru lah hakak tahu harga untuk mengeluarkan sijil Halal ni, hanya serendah RM200, untuk tempoh 2 tahun.
Siasat Sebelum Sebar!
Mohazsue – Syukur sekarang ramai yang lebih prihatin dan menitikberatkan status HALAL produk-produk yang ada dipasaran sekarang. Namun yang tidak moleknya, pantang ada isu TIDAK HALAL sesuatu produk yang diketahui secara lisan atau secara kebetulan, ianya menjadi viral dengan begitu pantas sekali tanpa usul periksa terlebih dahulu. Perlu diingatkan, sesuatu itu tidak boleh dijatuhkan hukum HARAM melainkan jelas ciri-ciri keharamannya.
UmmiNani – Menurut Ustaz Luqman “Islam ini indah dan mudah. Kita sebagai orang Islam disarankan meninggalkan yang subhah. Jika kita tidak pasti tentang status lebih baik tidak diambil sebagai makanan. Elakkan daripada menyebarkan fitnah dan menimbulkan keraguan.”
Atia – Jadi kita sebagai seseorang yang bijak jangan cepat melatah bila isu Halal ni viral. Kita sepatutnya mengkaji dulu atau buat carian dari sumber yang sah sebelum gatal2 tangan tekan butang share.
Tati Mansur – Jakim memastikan setiap isu-isu Halal yang viral dan berulang dijawab dalam tempoh 4 jam bagi mengelakkan ‘further damage’ dan penyebaran yang lebih luas.
Mieza – Zaman IT ni segalanya dihujung jari. Nak mudahkan urusan? Boleh semak status halal di facebook Hab Halal Jakim yang dimuatnaik di dalam album atau boleh muat turun aplikasi Smart Halal di google playstore (Aplikasi Smart Halal)
Untuk maklumat lanjut dan sebarang persoalan tentang isu Halal, anda boleh rujuk ke:
Facebook Bahagian Hab Halal Jakim : https://www.facebook.com/HabHalalJakim/
Alamat
Aras 6 & 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP), No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Highlights info row image
Tel : 03-8892 5000
Web rasmi : www.halal.gov.my
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
info yang sangat berguna.. terbaik semua blogger
isu paling sensitif…dengan kerjasama blogger ini… cara yang terbaik.
Bagusn
Bagusnya info ni, berguna sangat. Sekurangnya kita dapat tahu peranan Jakim dalam tentukan status halal sesuatu produk tu.
wow menarikkk ni
doa selepas solat
kelebihan surah al mulk
menyambut kelahiran bayi
aqiqah di kemboja