skip to Main Content
LEGOLAND Lokasi Family Day Pertama 2018 KBBA9 Bersama Keluarga, Semua HAPPY

LEGOLAND Lokasi Family Day Pertama 2018 KBBA9 Bersama Keluarga, Semua HAPPY


Yeayyy..!!! Ke LEGOLAND kita tahun ini untuk family day KBBA9. Terima kasih LEGOLAND. Semua gembira sakan berada di dalam taman tema LEGOLAND. Dengan sesi Free and Easy, bebas untuk bermain di sana. Jelas sekali keseronokan keluarga masing-masing dengan gelagat anak-anak yang dapat meneroka taman tema ini.

Hari keseronokan bersama keluarga dengan pengembaraan hebat dan banyak, bermula dari The Beginning hingga perjalanan mengagumkan melalui LEGO® Technic, LEGO Kingdoms, Imagination, Land of Adventure, LEGO City and MINILAND.

Legoland Malaysia

Legoland Malaysia

LEGO® NINJAGO™ World

Sertai wira-wira untuk mengalahkan Great Devourer melalui imbasan 4D. Mengawal unsur kebakaran, bumi, kilat dan ais hanya dengan menggerakkan tangan menggunakan teknologi sensor terbaru. Asap dan kesan haba akan menyelubungi diri ke dalam alam semesta NINJAGO™. Seperti berperang betul-betul.

Legoland Malaysia

Legoland Malaysia

The Great LEGO® Race

LEGOLAND Malaysia adalah LEGOLAND pertama di dunia yang melancarkan perlumbaan LEGO VR Roller Coaster. Perlumbaan LEGO menggabungkan roller coaster yang menyeronokkan dengan teknologi realiti maya dalam satu pengembaraan. Memakai VR headsets, anda akan mengalami tindakan dari setiap arah iaitu naik, jatuh, ke hadapan, mundur dan semua pandangan di sekeliling dalam satu persekitaran hebat sepenuhnya yang diperbuat daripada batu-bata LEGO.

Legoland Malaysia

Legoland Malaysia

Beli ANNUAL PASS berpeluang menang sebuah kereta NISSAN ALMERA

Wow, menang kereta. LEGOLAND Malaysia menawarkan tawaran terbaik tahun ini apabila beli, renew atau upgrade Annual Pass berpeluang untuk memenangi sebuah Nissan Almera. Dengan Annual Pass ini, anda boleh melawat resort secara percuma selama setahun..

Legoland Malaysia

Semua aktiviti menarik seperti Miniland, The Driving, LEGO V, The Great LEGO® Race dan banyak lagi dapat anda kunjungi sebanyak mana yang anda mahukan.

Cara untuk menang:


Maklumat lanjut :

Website: LEGOLAND Malaysia

Facebook : LEGOLAND.My

Terima kasih LEGOLAND kerana memberi peluang untuk ahli-ahli Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) mengembara bersama keluarga di dalam taman tema yang hebat ini. Tahniah juga diucapkan kepada team kerana korang semua berjaya mengatasi ketakutan dalam pengembaraan ini.


Ema

A simple life is a beautiful life

This Post Has 8 Comments
  1. Yesszaaa…!! Alhamdulillah… Seronok sakan! Bukan anak-anak aje, mak pak pun sama! Hahaa…
    VR Coaster tuu berkali-kali naik! Walaupun rasa darah macam terhenti kejap. hahaa… Tapi Enjoy…!!
    Thanks KBBA9, Thanks Legoland.

  2. rasa nak beli annual pass masuk Legoland ni, banyak ride tak sempat naik. Terima kasih Legoland Malaysia! Family day kat sini memang awesome!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top