
Kembara #KBBA9 Ke Lost World of Tambun Ada Tarikan Baru Di Sana
Kali ini team Kembara Kbba9 ke Lost World of Tambun, Ipoh, Perak selama 2 hari 1 malam. Terdapat beberapa penarikan terbaru di sana antaranya adalah glamping. Apa itu glamping? Glamping adalah kombinasi perkataan dari glamour dan camping. Glamping merupakan salah satu tempat untuk beristirehat dan tidur di dalam khemah. Apabila pergi bercuti, menjadi kebiasaan untuk menginap di hotel, apakata percutian kali ini memberikan pengalaman yang berbeza dengan memilih penginapan glamping. Berbeza dengan camping, glamping adalah khemah di mana di dalamnya disediakan katil dan kipas.
Glamping di Lost World of Tambun
Glamping di Lost World of Tambun ini menyediakan beberapa tempat khemah di darat dan terapung. Salah satu yang menarik adalah berada di kawasan atas air. Kelihatan lebih menarik dan ada kelas. Satu khemah boleh menempatkan 4 orang dewasa yang yang mana disediakan 2 katil single dan 1 katil Queen size, kipas dan cermin bersiap. Antara pengalaman yang dikongsikan oleh mereka di sana:
-
- Tempat tidur yang selesa akan menjadikan percutian kita lebih bermakna dengan mendapat power nap apabila bermalam di sini. – by Fiqq
- Perkara yang Ty paling suka dan inginkan adalah bermalam di dalam hutan. Camping gitu. – by Ty
- Jangan tak tahu, kalau nak bawa family pun sesuai juga ya. Jadi, tak payah risau sangat kalau itu tak ada, ini tak ada. Sebab semua keperluan ada disediakan. Ala2 bilik hotel gitu. – by Yulia
- Paling best glamping ni terletak tepi sungai / tasik. Jadi bangun pagi tu memang dapat hirup udara fresh. Belakang glamping ni ada bukit. -by FF
- Tandas pun kelas weyh. Siap ada tempat pengering rambut. Memang selesa sangat dapat ber glamping di Lost World of Tambun. – by Kecik
- Memang best sangat dan bersesuaian dengan mereka yang suka outdoor ataupun nak beriadah dengan keluarga. Kat sini sesuai dikunjungi oleh semua peringkat umur. – by Ayu

Teroka 6th Miles Tunnel.
Team #Kbba9 berkesempatan untuk meneroka laluan terowong yang asalnya adalah gua kecil yang digunakan sebagai laluan komunis dahulu kala. Tunnel ini dinamakan 6th Mile kerana jumlah panjang ke dalam adalah 3 batu pergi dan 3 batu balik di mana laluan pergi dan balik adalah sama. Tahniah guys, semua berjaya lepasi halangan dan rintangan di dalam sana. Rasai pengalaman mereka di sana:
-
- Boleh tengok proses pembentukan stalaktit dan stalakmit. Kagum aku weh, kuasa Allah. – by Firr
- Perjalanan ke 6th Miles Tunnel ni mencabar jugak sebenarnya. Kiteorang kene redah Tasik Boga ni dulu lepas tu berjalan celah-celah rumah orang barulah jumpa kawasan paya bakau. – by Haida
- Memuatkan untuk dua orang je kalau sekali masuk. Tapi untuk keselamatan, kami bergerak seorang demi seorang dalam bentuk barisan. – by Mimin
- Kami dapat melihat sendiri kristal yang sangat cantik yang terjadi secara semula jadi. – by MieraHassan
No.1, Persiaran Lagun Sunway 1,
Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan,
Malaysia
Theme park tel: +605 542 8888
Hotel tel: +605- 540 8888
Fax: +605- 542 8899
Email: lostworldoftambun@sunway.com.my
Website: https://sunwaylostworldoftambun.com/
Berminat untuk bekerjasama dengan KBBA9, sila hubungi rakan #KBBA9 atau follow instagram aktiviti KelabBloggerBenAshaari.
Kalau ada kesempatan nak juga bawa anak2 bercuti di Lost World Tambun…
Glamping satu pengalaman yang menarik utk semua.wajib ke sana!lost world of tambun
Bestnya glamping tu, nanti nak pergi dengan family lah.
Teringin yer nak merasai pengalaman glamping.macam syok jer..
Bestnya kalau dapat glamping..
lama dah mengidam nak pi sini..masih dalam list
Glamping pengalaman yang tak kan dilupakan bersama #kbba9