
MAIS Lancarkan Sistem Wasiat Dan Hibah (SISWA) Atas Talian
SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah membuat pelaksanaan inovasi baru dengan melancarkan Sistem Wasiat Dan Hibah (SISWA) bagi memudahkan masyarakat Islam menguruskan wasiat dan hibah secara mudah dan pantas melalui atas talian.
Pelancaran SISWA disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof Pengerusi MAIS dalam Majlis Hi-Tea Bersama Pengamal Media Dan Pelancaran Sistem Wasiat Dan Hibah MAIS Bagi Tahun 2022 di sini hari ini sempena Kempen Bulan Kesedaran Wasiat dan Pusaka Negeri Selangor.
Sebagai badan mengelola Baitulmal, MAIS sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menjadi tempat rujukan utama dalam pengurusan harta orang Islam.
Apa Itu SISWA ?
SISWA ialah sebuah sistem yang dibangunkan ole MAIS merangkumi perkhidmatan pengurusan wasiat dan pengurusan hibah bagi masyarakat Islam membuat permohonan wasiat dan hibah secara mudah dan pantas.

Melalui sistem ini, MAIS telah menaik taraf sistem e-Wasiat sedia ada kepada satu sistem baharu dengan menggabungkan dua elemen penting dalam perancangan pembahagian harta iaitu wasiat dan hibah dalam satu sistem pintar.
Permohonan Secara Atas Talian
Menariknya, melalui SISWA permohonan dan kelulusan akan diuruskan 100% secara dalam talian selain menawarkan penggunaan Electronik Know Your Customer (EKYC) yang diktiraf oleh Bank Negara Malaysia sepertimana yang dilaksanakan oleh institusi-institusi kewangan di negara ini.
Selain itu, SISWA juga akan menggunakan tandatangan digital yang tertakluk di bawah Akta Tandatangan Digital 1997 dan pengesahan transaksi oleh pemohon, dilakukan secara One-Time Password (OTP).
Sehingga kini, MAIS telah menerima dan menguruskan sebanyak 3,196 permohonan wasiat dan hibah. Manakala bagi tahun 2022, MAIS mensasarkan seramai 6,000 orang yang akan mendaftar SISWA bagi pengurusan wasiat dan hibah mereka.
MAIS berharap agar SISWA dapat memberi kemudahan baharu kepada masyarakat Islam dalam usaha membantu dan merancang pembahagian harta dengan lebih bijaksana dan sistematik bag mengelakkan isu dan pertikaian harta pusaka di kalangan waris-waris dikemudian hari kelak.
Kempen Bermula 1 Jun 2022
Melalui Kempen Bulan Kesedaran Wasiat dan Pusaka Negeri Selangor yang diadakan bermula 1 Jun sehingga 30 Jun 2022. Pelbagai aktiviti telah disusun antaranya Bicara Wasiat dan Pusaka, Seminar Wasiat dan Pusaka, Program Bual bicara di Radio IKIM dan Klasik FM, pengisian di kuliah-kuliah khas dan pembukaan kaunter informasi berkaitan Wasiat dan Pusaka di masjid dan surau terpilih di Negeri Selangor.

Info lanjut berkaitan wasiat, hibah dan pusaka boleh didapati di laman web rasmi MAIS di
Website SISWA : https://siswa.mais.gov.my
Website MAIS : www.mais.gov.my
Talian Tetap : 03-5514 3773/3772
Penghargaan Buat Pengamal Media
Sementara itu di majlis ini juga, MAIS turut meraikan agensi pengamal media sebagai satu penghargaan dan meraikan para pengamal media sepanjang tahun 2021 yang telah memberi kerjasama yang cemerlang dalam membuat liputan berita MAIS meliputi kejayaan, peristiwa dan aktiviti semasa MAIS.
Antara penerima penghargaan ini adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Radio Television Malaysia (RTM), Media Selangor, TV Alhijrah, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan, Media Prima, Kosmo, Radio IKIM, Karangkraf, Malaysian Gazette, Kelab Blogger Ben Ashaari dan sebagainya.

MAIS berharap komitmen dan hubungan baik di antara MAIS dan rakan-rakan media terus dapat ditingkatkan dan dikekalkan.
Turut hadir ialah Dato’ Dr. Haji Anhar Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Baitulmal MAIS Prof. Madya Dr.Mohamad Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM Dato’ Haji Mod Shahzihan Ahmad, Pengarah JAIS Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, Rektor KUIS Tuan Zainor Rashid Hassin, Ketua Pendakwa Syarie JPSS dan Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar sebagai SetiausahaMAIS.
Tahniah Kelab Blogger Ben Ashaari
Buat kesekian kalinya pada petang majlis tersebut Kelab Blogger Ben Ashaari juga telah dijemput dan diberi penghargaan dari pihak MAIS atas kerjasama menyebarkan maklumat-maklumat penting mengenai MAIS kepada masyarakat Islam khususnya.
sebagai blogger kami juga amat berbesar hati kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan pihak MAIS untuk menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan bagi kepentingan umat Islam di Malaysia yang dikendalikan oleh pihak MAIS
– Ben Ashaari , Pengasas Kelab Blogger Ben Ashaari
Wakil blogger yang menghadiri majlis pada hari tersebut ialah Saidila dari www.saidila.com dan juga Tati Mansur dari www.tatimansur.com



Terbaik kbba9 dan Mais, semoga terus berjaya
Bagus la MAIS buat program ni. Melalui onlin eje untuk hibah dan wasiat.
Mudahnya, di hujung jari jer. Terbaik!
Terbaikkk!!
Alhamdulillah terbaik
Thx