
Mempelajari Teknik Penulisan Yang Sebenar di Bengkel Penulisan KBBA9
Kenapa seseorang itu menulis blog ataupun buku? Menulis untuk berkongsi cerita dan maklumat, atau sekadar kerana minat? Walau apapun tujuan, tentu penulis tersebut mahu agar hasil nukilannya ‘sampai’ kepada pembaca. Namun, bagaimanakah caranya untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti dan mampu memikat pembaca?
Demi merungkai persoalan ini, Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) telah menganjurkan Bengkel Penulisan bersama penulis terkenal Apak (Tuan Zulkifli Ahmad, penulis buku Mata Tak Berhijab) dan Tuan Zamri Bin Mohammad, seorang guru penulisan yang tidak asing lagi.
Bengkel Penulisan Kelab Blogger Ben Ashaari
Diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) Jalan Ampang, pada hari Ahad, 1hb April 2018, Bengkel Penulisan KBBA9 telah berlangsung dalam suasana santai namun padat dengan perkongsian ilmu. Ianya telah dihadiri oleh seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada para blogger dan juga rakan-rakan KBBA9.

Para peserta sangat bertuah kerana bukan sahaja penyertaan adalah percuma, malah mereka dapat mempelajari teknik penulisan yang sebenar daripada dua insan hebat! Segala tips dan panduan yang telah dikongsikan oleh Apak dan Tuan Zamri pastinya dapat membantu melonjakkan kualiti penulisan masing masing.
Tuan Zulkifli Ahmad Idrus
Tuan Zukifli Ahmad Idrus atau lebih dikenali sebagai Apak adalah penulis buku terkenal genre seram dan mistik. Diantara karya beliau yang menjadi ‘best seller’ adalah Mata Tak Berhijab dan Damping.

Apak berkongsi tentang elemen penting dalam menulis cerita fiksyen seperti novel dan cerpen. Katanya, setiap penulis perlu jelas tentang empat perkara dalam menghasilkan karyanya termasuklah idea, watak dan perwatakan, latar masa dan latar tempat. Berlandaskan empat elemen inilah sesebuah cerita itu boleh dibina dan dikembangkan dengan baik.

Tuan Zamri Mohamad
Tuan Zamri Mohamad dari ‘Malaysian Writers Movement’ merupakan seorang guru penulisan di KursusPenulisan.com. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 25 buah buku genre non-fiksyen dan buku umum.

Mengikut kata Tuan Zamri, adalah penting untuk seseorang penulis mempunyai fokus dalam penulisannya. Disamping itu, penceritaan perlu ada ‘warna’ iaitu elemen bunyi, visual dan juga perhubungan atau interaksi. Kata beliau lagi, cerita mungkin sama, tetapi gaya penceritaan yang akan membezakan cerita tersebut dan memikat pembaca.


Apa lagi tips dan teknik penulisan yang telah dikongsikan oleh dua penulis hebat ini? Untuk mengetahuinya, anda mesti baca coretan para blogger yang telah menghadiri bengkel tersebut:
- Tercapai cita cita aku nak berguru dengan Tuan Zulkifli Ahmad dan Tuan Zamri Mohamad!
- Bengkel Penulisan Kelab Blogger Ben Ashaari Bawa Penulis Kenal Tentang Bunyi, Gambar & Erti Perhubungan
- Bengkel Penulisan KBBA9, sangat berilmu!
- Membongkar Teknik Tips Penulisan Blog di BENGKEL PENULISAN KBBA
Terima Kasih Para Penaja
Setinggi tinggi penghargaan buat para penaja yang telah sudi menyokong KBBA9 dalam menjayakan bengkel ini terutamanya pihak MaTIC kerana menyediakan lokasi yang lengkap dan selesa, Restoran Nelayan Ampang untuk sarapan pagi yang enak dan Cafe Cerita Kambing untuk makan tengah hari yang sangat menyelerakan. Dan tentu sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Zulkifli Ahmad dan Tuan Zamri Mohamad atas segala ilmu yang diberi!



Diharapkan agar lebih banyak lagi bengkel pembelajaran seperti ini dapat dianjurkan pada masa hadapan untuk manfaat para blogger serta rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari.
Yesszaaa…!! Terima kasih KBBA9
Bengkel yang sangat memberi manfaat.
Yang penting teknik dan idea tu kita kena tahu melalui ilmu yang dipelajari. Takleh sembarangan tau !!
Ruginya tak dapat join
Walaupun jangakamasa kursus yang singkat namun banyak juga ilmu yang dapat digali dan dipelajari daripada tenaga-tenaga pengajar yang berpengetahuan luas. Semoga kursus-kursus sebegini dapat diadakan lebih kerap lagi di masa-masa akan datang. Tahniah atas usaha yang dilakukan oleh pihak kbba9
Guru-guru penulisan tu semua hebat-hebat belaka!
Untung sertai kelas macam ini…diharap masa akan datang dpt anjurkan lagi.
Bestnya.. Masih tak berkesempatan lagi nak join..
Bestnya dapat belajar ilmu penulisan. Dah lama teringin nak belajar.. Bila ada peluang mcm ni.. takde rezeki pulak nak join..
Memang best sangat bengkel ni! Tq KBBA sebab bagi peluang untuk hadiri bengkel sebegini
Seronok dapat join bengkel ilmu ni.
Bestnya..kita ada anak kecik tak dapat join..mesti bnayaj ilmu dapat
Banyak sangat dapat ilmu, best!