
Kembara KBBA9 – Pilihan Hotel Muslim Friendly dan Halal di Japan
Orang Malaysia kini menjadikan Jepun salah satu destinasi utama untuk pergi melancong sama ada bersama keluarga, kawan-kawan atau sendiri. Selain restoran halal, hotel yang halal dan mesra muslim juga perlu diutamakan. Jadi kali ini min nak kongsikan pengalaman team KBBA9 yang menginap di hotel-hotel halal dan mesra muslim semasa bercuti ke Jepun selama 7hari 6 Malam. Jom kita tengok hotel mana yang menjadi pilihan Kembara KBBA kali ini:
Sheraton Miyako Hotel Osaka
Sheraton Miyako Hotel Osaka terletak berhampiran stesen Kintetsu Osaka-Uehommachi. Hotel yang sesuai untuk orang Malaysia yang bercuti di Osaka. Menyediakan kelengkapan asas bagi yang beragama Islam seperti sejadah, terjemahan Al-Quran dan juga kompas kiblat. Menyediakan halal corner untuk sarapan pagi.
Pihak Sheraton Miyako Hotel Osaka juga telah mendapat pengiktirafan halal Kyoto Council for Sharia and Halal Affairs, Japan. Tempat menarik yang berdekatan adalah Osaka Castle dan juga Dotonburi.
-
- http://www.benashaari.com/2018/11/pengalaman-bermula-di-sini-hari-ke-dua.html
- https://shehanzstudio.com/2018/11/sheraton-miyako-hotel-osaka-hotel-penginapan-strategik-di-osaka-part-2.html/
- https://afiqhalid.com/2018/11/17/sheraton-miyako-hotel-osaka-mesra-muslim/
- http://www.ayuejean.com/2018/11/sheraton-miyako-hotel-osaka.html
Shima Kanko Hotel, Kashikojima, Jepun
Shima Kanko Hotel yang terletak di Kashikojima. Sebuah hotel mewah di Ago Bay dan menjadi pilihan golongan VVIP. Tahun 2016 perhimpunan G7 Ise-Shima Summit telah diadakan disini dan dihadiri oleh beberapa orang kenamaan seperti Shinzo Abe, perdana menteri Jepun sendiri, Barack Obama President US, Justin Trudeau Perdana Menteri Canada dan ramai lagi. Bilik penginapan bagi yang beragama Islam, disediakan sejadah dan kompas kiblat.
Set pinggan mangkuk akan ditukar dan cawan wine dari meja akan dialih sekiranya dimaklumkan yang kita ini muslim. Sensitiviti mengenai Muslim sangat mereka ambil berat. Pengangkutan dengan Kintetsu Limited Express ke Kashikojima yang memakan masa lebih kurang 2 jam 45 minit dari stesen osaka. Antara kawasan tarikan Okage Yokocho dan Ise-Jingu Naiku.
-
- https://shehanzstudio.com/2018/11/shima-kanko-hotel-the-classic-hotel-elegan-jepun-part-3.html/
- http://www.benashaari.com/2018/11/mencari-kelainan-di-shima-kanko-hotel.html
- https://afiqhalid.com/2018/11/20/shima-kanko-hotel-special-travel-di-jepun/
- http://www.ayuejean.com/2018/11/shima-kanko-hotel-percutian-mewah-di-kashikojima-jepun.html
The Westin Miyako Kyoto
Untuk percutian yang mewah dan exclusive di The Westin Miyako Kyoto adalah termpatnya. Perdana Menteri Malaysia, Tun M juga pernah menginap di sini. Merupakan salah satu hotel yang juga menitik beratkan makanan halal untuk tetamu Muslim.
Setiap makanan diletakkan label bahan. Pelbagai kelengkapan dan fasiliti disediakan untuk para pengunjung termasuklah gym, kolam renang (indoor/outdoor), jakuzi dan paling menarik premium lounge di tingkat 9 yang membolehkan kita tengok pemandangan yang lebih luas dari atas. Tempat menarik untuk disinggah adalah Kaege Incline, Kyoto Tower, Fushimi Inari, Arashiyama Bamboo Groove.
-
- https://shehanzstudio.com/2018/11/the-westin-miyako-kyoto-hotel-mesra-muslim-part-4.html/
- http://www.benashaari.com/2018/11/the-westin-miyoko-kyoto-jepun.html
- https://afiqhalid.com/2018/11/24/percutian-mewah-di-the-westin-miyako-kyoto/
- http://www.ayuejean.com/2018/11/the-westin-miyako-kyoto-hotel-termewah-di-kyoto.html
Untuk aktiviti penuh percutian ini, klik video yang min kongsikan ini:
Kembara KBBA9 ke Jepun 2018
Kerjasama KBBA9 x J-Horizons x Cosmoderm
Team Blogger : @kelabbloggerbenashaari #kbba9 #kembarakbba9
Penaja : @cosmoderm #cosmoderm #ilovemyskin
FB : https://www.facebook.com/Cosmoderm
Web : www.cosmoderm.com.my
Penaja Lokasi : J-Horizons Travel #jhorizons
J HORIZON TRAVEL (M) Sdn Bhd
FB : https://web.facebook.com/J-Horizons-Travel-M-Sdn-Bhd-373441…
Web : http://j-horizons.com.my
Penginapan :
Hari 1 & 2 : @sheratonmiyakoosaka #sheratonmiyakoosaka
Hari 3 & 4 : @shimakankohotel #shimakankohotel
Hari 5 : @westinmiyakokyoto #westinmiyakokyoto
Wifi :
@roamingmanmy #roamingmanmy
Hoodies :
@kandawaris #kandawaris
Penaja sarapan :
@lazzsusukambinghq #lazzsusukambing
@kitsuimalaysia #kitsuimalaysia
Lawa sgt sgt hotel tu semua, tak risau bila Muslim friendly gitu
Terbaiklah, muslim friendly tu yang bagus.