KBBA9 adalah satu kelab yang memberi peluang setiap blogger menimba ilmu penulisan berblogging secara konsisten, kreatif dan inovatif, bekerja dalam satu pasukan, dan membawa trademark kelab ke mana sahaja update dengan satu cogan #KBBA9.
Komuniti KBBA9 adalah satu komuniti blogger yang fun, rapat dan mesra sesama blogger yang mempunyai ribuan ilmu untuk dikongsi bersama bagi melahirkan seorang blogger yang berkaliber.
KBBA9 bukan hanya dapat menambah ilmu dalam dunia blogging tapi adanya silaturahim yang boleh saling memberi dan berkongsi apa sahaja pendapat / masalah.
To me, KBBA9 is a teamwork for capability to work together toward a common vision.. When there is teamwork and collaboration, wonderful things can be achieved.
Saya menulis blog sejak 2009, namun sejak saya sertai team #KBBA9 2 tahun lalu, ia sedikit sebanyak membuka mata saya mengenai bekerja dalam komuniti, persahabatan & banyak lagi.
KBBA9 asalnya ditubuhkan untuk rakan-rakan blogger mempromosikan entri terbaru mereka dikalangan rakan blogger yang lain di Facebook. Ianya lebih kepada sebuah komuniti didalam dunia maya dan dijadikan realiti melalui pertemuan demi pertemuan seterusnya sesama blogger.
Alhamdulillah, KBBA9 telah banyak melakukan kerja-kerja amal serta membantu ramai usahawan kecil dalam bidang tertentu. Selain itu KBBA9 juga bertujuan mendidik rakan-rakan blogger untuk menjadi blogger yang lebih bertanggungjawab dan berguna pada masyarakat