
KBBA9 di Pelancaran SSPN-i Plus
Jumaat baru ni , 6 Mei 2016 – rakan Kelab Blogger Ben Ashaari dijemput ke Majlis Pelancaran Pakej Baru SSPN i-plus Ejen Online PTPTN di Menara PTPTN, selain itu majlis ni juga ada buat penyampaian Hadiah untuk cabutan kepada pencarum SSPN i Plus.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Pengerusi PTPTN , YB Dato’ Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah disusuli ucapan perasmian oleh wakil Menteri Pendidikan Tinggi , YB Datuk Mary Yap Kain Ching , selaku Timbalan Menteri Pendidikan Pengajian Tinggi seterusnya merasmikan majlis pelancaran Pakej Baharu SSPN-i Plus, Ejen Online Dan Penyampaian Hadiah Cabutan.
Dalam Hi-Tea Majlis pelancaran SSPN-i Plus ini, kami diberikan penerangan lebih detail mengenai manfaat kelebihan mencarum , dan juga benefit untuk ejen online PTPTN. Menyimpan dan dapat hadiah, benefit berkali ganda.
Majlis diakhiri dengan pengumuman pemenang cabutan bertuah yang dibuat untuk orang yang telah menyertai skim simpanan SSPN-I PLUS ini. Hadiah utama kereta BMW , Honda Hrv , Motor dan banyak lagi hadiah yang menarik .
Terima kasih kepada pihak PTPTN kerana telah menjemput Kelab Blogger Ben Ashaari dalam pelancaran SSPN-i Plus .