
Penghargaan Zakat Selangor Kepada Kelab Blogger Ben Ashaari
12 Julai 2017 , Kelab Blogger Ben Ashaari dijemput oleh pihak Lembaga Zakat Selangor ke satu majlis hari raya sekaligus menerima sijil penghargaan dikalangan media kategori blogger .
Sijil penghargaan tersebut diberikan atas usaha dan kerjasama KBBA9 berkongsi maklumat dan aktiviti LZS samada diblog dan juga dimedia sosial masing -masing kepada orang awam .
Di antara program LZS yang pernah blogger KBBA9 turut serta ialah termasuk PROGRAM ZIKRA , MENYANTUNI ASNAF dari rumah ke rumah dan FREE MARKET LZS yang diadakan baru-baru ini pada 13 May 2017 sebelum Ramadhan menjelang.
Memetik kata-kata Pengasas KBBA9 diblog ,
Alhamdulillah.. tercapai cita cita aku untuk memanfaatkan ‘kepopularitian’ aku di media sosial ni. ‘ Kepopularan ‘ aku digunakan sebaiknya. Aku bukan mengejar kemasyuran dan diminta disanjungi tetapi nak gunakan ‘anugerah sementara’ itu untuk berbakti pada rakan rakan dunia maya dan juga pada masyarakat , negara amnya ! – Ben Ashaari
Rasa bangga dan gembira ini juga turut dikongsi oleh rakan blogger Umminani yang ada turut serta di majlis tersebut ,
Alhamdulillah dan terima kasih Lembaga Zakat Selangor kerana memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada Kelab blogger Ben Ashari atas kerjasama sebelum ini. Syukur tak terhingga bila mana LZS bukan sahaja menghargai KBBA9 , malah menjadi salah satu agensi dan badan korporat yang sudi berkerjasama dengan KBBA9 dalam menghebahlan segala informasi dan berita berkenaan Zakat. – umminani.com
Admin S mendoakan semoga kerjasama ini dapat diteruskan hingga akhir hayat yang ada . Tahniah sekali lagi .
Antara entry berkaitan mengenai zakat ditulis blogger ialah
ADAKAH MEMADAI ZAKAT DISALURKAN TERUS KEPADA ASNAF, TANPA MELALUI INSTITUSI ZAKAT ?
BANTUAN ZAKAT SELANGOR SEMPENA RAMADHAN & AIDILFITRI
KISAH VIRAL TABAYYUN & AGIHAN ZAKAT
ZAKAT MEMBANTU ASNAF BAIKI TARAF HIDUP
ORANG SUSAH SALAHKAN PUSAT ZAKAT
SEDEKAH DAN ZAKAT SERUPA TAPI TAK SAMA
Rasa seronok apabila diberi peluang untuk menyumbang. Adakalanya tidak dpt bantu banyak, tapi In Shaa Allah walaupun sedikit dan seikhlas hati, harap dpt juga membantu.
Syukur ada pihak yg sudi bekerjasama dan yakin dgn keupayaan Kbba9 dlm menyebarkan informasi
Semoga kepercayaan terhadap kbba9 akan terus berkembang di masa hadapan. Tahniah team kbba9. Semoga terus maju
Tahniah diucapkan kepada kelab Blogger Ben Ashaari di atas penghargaan yang diterima daripada pusat Zakat Selangor..
Tahniahhh Alhamdulillahhh semoga terus istiqamah walau pun sumbangan kecil