skip to Main Content
10 Pilihan BUFFET RAMADHAN Yang Menarik Sekitar Kuala Lumpur

10 Pilihan BUFFET RAMADHAN Yang Menarik Sekitar Kuala Lumpur


Sedang mencari-cari pilihan buffet ramadhan di Kuala Lumpur? Berikut disenaraikan review buffet Ramadhan dari ahli-ahli Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) secara personally yang mana mereka telah menikmati dan merasai juadah-juadah masakan semasa dijemput untuk review buffet Ramadhan di hotel-hotel dan juga restoran.

Buffet Ramadhan di Kuala Lumpur

Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur

Konsep Sajian Burokah terdiri dari 130 jenis juadah masakan tempatan dan antarabangsa dari pembuka selera ke pencuci mulut. Asam Laksa, Nasi Briyani Gam, Nasi Ambang, Sup Gear Box , dan Roasted Lamb. Ramadhan Buffet Dinner is available from 17th May – 14th June 2018 at RM 98.00++ per person and RM 50.00 ++per child. Grand Seasons Hotel offers early bird vouchers starting from the 16th April until 13th May with the special price of RM 75.00 nett per person. Review penuh dari Blogger Julia Johari.

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Konsep Santapan Buka Puasa. Harga buffet RM120 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak. Early Bird Promotion RM90. Untuk tempahan call 03- 4042 5555 atau email ke resv@seripacific.com. Review penuh dari Blogger Ben Ashaari.

Riverside Restaurant, PWTC

Menawarkan 300 juadah dan 24 gerai makanan berkonsepkan pasar malam. Harga RM88 bersih untuk dewasa, RM 75 warga emas dan RM 45 kanak-kanak. Harga baucer ‘early-bird’ dengan harga RM75 seorang sebelum 16 Mei 2018. Hubungi Restoran Riverside di talian 03-2614 6701/6702 atau 03-2614 6262. Review sepenuhya dari Blogger Emarieys.

Royale Chulan Kuala Lumpur

Citarasa Nusantara dengan 100 menu. Harga dewasa Rm48, kanak-kanak RM74 dan warga emas RM98. PromosiBeli 4 pax percuma satu pax. Promosi ni hanya pada mingu pertama Ramadhan. For reservations, call 03-26889688/611 or email : royaleramadanbazaar@royalechulan-kualalumpur.com . Review sepenuhnya dari Blogger Nina Mirza.

Swiss Garden Hotel & Residence Kuala Lumpur

Swiss Garden Hotel & Residence Kuala lumpur kali ini menawarkan juadah khas buka puasa ramadhan dengan berkonsepkan “Selera Warisan “. menu tradisi seperti Rendang Tok, Kerabu, Siput Sedut, Bubur lambuk, Satay dan segala jenis manisan dah bubur seperti pengat jeli, puding dan sebagainya. Harga buffet RM118 untuk dewasa. Hotel menawarkan pakej “Ramadhan Stay & Dine” antara RM250 dan RM320 yang mana termasuk pakerj bilik  + Buka puasa + sahur. Untuk tempahan Tel : 03- 2785 1190 dan Email : foodandbeverages@shrkl.swisgarden.com . Review sepenuhnya dari Blogger Azni.

Double Tree Hilton Kuala Lumpur

Double Tree by Hilton memperkenalkan pelbagai menu makanan tempatan berkonsepkan pasar malam. Sup kawah, bubur lambuk, ayam percik, ikan bakar, ayam penyet, nasi ayam, satay, char kuaw tiew, laksa sarawak, popiah basah, apam balik dan macam-macam lagi. Kecur air liur tengok Blogger Lan Careno ini makan, sampai tak pandang orang kiri kanan depan. Harga bufet berubah-ubah ikut minggu pada 17 Mei – 23 Mei 2018 RM148 nett, 24 Mei – 7 Jun 2018 RM158 nett dan 8 Jun – 14 Jun 2018 RM128 nett. Tapi nak lagi murah, book awal bermula dari 15 April hingga 15 Mei, harga bermula dari RM128 nett. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 03-2172 7272.

Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur

Antara yang menarik ialah masakan tempatan seperti pelbagai jenis kerabu , rojak buah , tauhu sumbat , salad , pecal , ulaman , sup gear box ,pelbagai jenis ikan bakar dan makanan laut , kambing golek , laksa , ikan patin masak tempoyak , pelbagai kuih muih serta masakan barat serta masakan Jepun. Menariknya , setiap menu adalah berbeza mengikut hari hari ! harga RM128 sekepala bagi orang dewasa manakala setengah harga bagi warga emas serta kanak-kanak. Untuk tempahan , boleh hubungi +03 4040 9888 atau email ke spkl.ch@sunwayhotels.com . Review dari Blogger Ben Ashaari ni pasti buat korang tak sabar nak buat tempahan.

Dorsett Hotel, Kuala Lumpur

Hidangan buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur ni sungguh memukau selera. Dengan tema ‘Masakan Bonda’, terubat rindu pada masakan lauk pauk ala kampung yang asli. Memang sedap sungguh! . Puyuh Goreng, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan, Ikan Patin Asam Pedas Tempoyak Pahang, Kari Kepala Ikan Pulau Pinang, Rendang Ayam Minang Kuala Kedah, Telur Itik Gulai Belimbing Buluh, Sambal Ikan Bilis Petai. Harga Buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur Dewasa : RM118 nett, Kanak-kanak (umur 4-12 tahun) : 50% off dan Warga Emas (umur 55 tahun dan keatas) : 50% off. Ulasan penuh dari Blogger MamaKembarTiga

AnCasa Hotel & Resort Kuala Lumpur

Air kelapa asli yang menyegarkan tekak.Menariknya air kelapa kat sini, air dan isinya disajikan berasingan. Jadi kalau korang nak air sahaja pun boleh, nak air dengan isi kelapa pun boleh. Ya Allah, segarnya rasa kat tekak. Tak cukup segelas. AnCasa Hotel membuat keputusan untuk mengekalkan konsep masakan ala kampung bagi bufet ramadhan 2018 AnCasa Hotel KL ini. Lebih 120 jenis masakan Melayu tradisional yang popular akan disajikan termasuklah pencuci mulut. Harga Biasa: RM68.00 nett (Dewasa) dan RM40.00 nett (Kanak-Kanak). Sepenuhnya review dari Blogger Tati.

Restoran Grandmama’s Pavilion / Intermark Mall KL (Grandmama’s)

Set menu Grandmama’s. Set berbuka puasa yang menumpukan masakan Lobster sebagai menu utama ini di bahagikan kepada 2 set hidangan dengan harga yang berbeza. Ini adalah kerana kuantiti menu yang bakal korang nikmati.

Set A :Set A ni agak kecil kuantiti menunya. Ia dikhaskan untuk 2-3 orang Sahaja. So jika korang order Set A ni, korang kena pilih menu utamanya dahulu. Nak Lobster Curry Hot Pot ke nak Lobster Masak Merah. Pilih satu antara keduanya. Kemudian korang kena pilih item daripada Menu Tambahan pulak. Untuk Set A korang boleh pilih 3 items sahaja. Set B: Manakala untuk set B pulak kuantiti menunya lebih banyak. Sebabnya Set B ini diperuntukkan untuk 4-5 orang makan. Review sepenuhnya dari Blogger Sohoque.

Restoran Cheese Banjir

Restoran Cheese Banjir bikin sedikit kelainan – Buffet Ramadhan Cheese! Tu dia, selalunya pi tang mana-mana berbuka puasa semestinya kita sudah sinonim dengan menu kambing bakar etc tapi di sini memang semuanya majoriti berasaskan CHEESE. Untuk tempahan boleh hubungi Brader Din – 0134153145 atau Brader Amir – 0182036070. Ulasan penuh dari Blogger Yanty

Nantikan review dari kami seterusnya di Putrajaya dan Selangor.


Ema

A simple life is a beautiful life

This Post Has 5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top