
Pilihan Tempat dan Harga Berbuka Puasa Sekitar Negeri Selangor
Sedang mencari-cari pilihan buffet ramadhan di Negeri Selangor? Berikut disenaraikan review buffet Ramadhan dari ahli-ahli Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) secara personally yang mana mereka telah menikmati dan merasai juadah-juadah masakan semasa dijemput untuk review buffet Ramadhan di hotel-hotel dan juga restoran.
Pilihan Bufet Ramadan di Negeri Selangor
Hype Motorsport Hotel, Seri Kembangan
Hype Hotel Saji Buffet Ramadhan Ala-Ala Di Litar Perlumbaan. Tema ini diangkat bagi menarik peminat motorsikal dan juga pelumba kereta untuk menikmati suasana dalam keadaan yang mereka suka. Menu yang disajikan bagi buffet ramadhan di Hype Hotel adalah terdiri daripada makanan melayu dan juga western. HYPE Hotel juga menyediakan clean food bagi mereka yang mengamalkan diet sihat. Salad dan juga makanan berkhasiat pastinya menjadi tarikan pengunjung. Review penuh dari Blogger UmmiNani.
Bangi Golf Resort Restoran (BGR)
Lebih 200 jenis juadah istimewa dari seleksi juadah masakan popular ala Melayu, Barat dan Timur. Teringin nak makan durian untuk berbuka atau hari raya boleh buat tempahan awal. Ulasan penuh dari Blogger Julia Johari. Tergoda tengok makanan yang ada.
Best Western i-City Shah Alam
Dengan tema ‘Juadah to the World’ di The View Cafe, korang boleh nikmati banyak pilihan untuk berbuka. Semua menu-menu dia adalah mengikut selera kampung. Ada dua pilihan tempat untuk korang berbuka, sama ada dekat dalam untuk suasana yang agak eksklusif, ataupun korang boleh berbuka puasa dekat luar untuk nak suasana yang lebih santai sambil tengok pemandangan i-City dari tingkat 5, Best Western. Review sepenuhnya dari Blogger Firr.
Geno Hotel, Shah Alam
80 hidangan istimewa disediakan oleh pihak Hotel Geno. Antara senarai hidangan kegemaran tradisional dan hidangan Melayu yang pasti membuatkan kita terliur seperti Asam Pedas Ekor, Telur Itik Masak Lemak, Masak Kurma, Ikan Bakar, Satay, dan aneka kuih muih melayu. Untuk mengetahui harga buffet ramadhan di sini baca review dari Blogger Azni.
Katanya dari Blogger Saidila, melangkah masuk ke Restorant Taste ni , mata terus menangkap kehijauan landskap dari cermin besar tembus pandang diluar sana . Serta merta terus sejuk rasa mata memandang dan hati pun rasa tenang. Dalam situasi kita sedang lapar menanti masuknya waktu berbuka puasa , agak penting untuk membuat diri rasa tenang. Dekorasi dan susun atur dalamam restoran pun menarik, simple dan sangat selesa.
Sama-Sama Hotel, Kuala Lumpur
Lokasi yang paling sesuai untuk kaki makan sebabnya mereka menawarkan promosi buffet Ramadhan di ruang legar hotel. Luas dan selesa serta dikelilingi gerai ala bazar Ramadan juga stesyen masakan secara live oleh pasukan kulinari diketuai Chef Eksekutif, Chef Ahmad Farhan Noorzali. Berkonsepkan Selera Warisan Nusantara, juadah yang disajikan bukan sahaja dari Malaysia, malahan juga hidangan dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand. Promosi buffet buka puasa Selera Warisan Nusantara disediakan sepanjang bulan Ramadan dari pukul 6 petang sehingga 10 malam. Berharga RM135 pada hari biasa dan RM99 pada hujung minggu, pasukan kulinari hotel juga menyediakan tempahan bankuet atau kumpulan dari 50 orang ke atas. Review sepenuhnya dari Blogger Ayu
Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi
Berkonsepkan kegemilangan industri filem melayu era Studio Jalan Ampas.Masuk je ruangan makan dah terasa mengimbau kenangan dengan halwa telinga lagu-lagu filem Tan Sri P.Ramlee, sesuai dengan susun atur hiasan di dalamnya. Hotel Puri Pujangga mengketangahkan Asam Pedas Claypot yang di hidangkan panas-panas apabila kita nak makan,maknanya nak makan baru dia masakkan. hidangan bufet di Begonia Coffee House menghidangkan menu yang berbeza setiap hari dalam seminggu ,jadi tak sama ye setiap hari menu-menunya. Antara menu-menu yang dihidangkan adalah Nasi Minyak, Nasi Jagung, Nasi Arab, Ayam Kerutup, Daging Rendang Minang, Daging Dendeng,Udang Butter,Kambing Masala, Ayam Percik Jalan Ampas, Udang Sambal Petai, Kambing Masak Briyani dan bermacam-macam lagi. Selanjutnya baca di blog Sue Izza.
Kata Blogger Moha menu unik yang istimewa iaitu Nasi Briyani Roket. Haa.. nak meroket ke mana? Hihihi.. rasanya juga sangat sedap kerana penyediaannya menggunakan peralatan yang ditempah khas oleh Jupiter Coffee House sendiri. Bagi kanak-kanak, menu untuk mereka juga tak kurang hebatnya. Ada gerai pasta, sosej, nugget, ABC, ais krim, ais krim goyang, pop corn dan gula kapas.
RHR Hotel @ Uniten
Sebanyak 200 hidangan halal boleh didapati di RHR Hotel ini yang korang boleh makan dan pilih, dan yang paling menarik adalah banyak lauk selera kampung yang korang boleh nikmati sepanjang bulan Ramadhan nanti, jadi dapatlah melepaskan rasa rindu berbuka puasa di kampung halaman. Membawakan tema Semarak Ramadhan, RHR Hotel @ UNITEN menyediakan lebih kurang 21 gerai konsep coffee house dan ianya mampu memuatkan seramai 500 ke 700 orang dalam satu² masa. Review penuh dari Blogger AnaZarin.
Me’nate Steakhub Shah Alam
Men’ate tiada hidangan kambing golek, hidangan tradisi buffet Ramadan. Tapi ada Rusa Golek! Hidangan eksotik dibawakan kepada pelanggan Men’ate. Kelainan tahun ni di Men’ate. Yang tak pernah makan rusa, boleh ke Men’ate untuk hidangan ni di mana tak boleh dapat di buffet Ramadan lain. Men’ate menghidangkan hidangan sampingan lain seperti kuewtiaw goreng, mee goreng, hidangan mee berkuah, hidangan sup dengan roti, pilihan salad yang pelbagai dan minuman panas dan sejuk. Review penuh dari Blogger LyndaCheLah. Bagaimana pula pandangan dari Blogger Shehan dan Blogger Saidila? Baca ulasan dari mereka.
Terdapat banyak pilihan menarik untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan..