
Program Ekspresi Media Kenyir 2019 Dengan Tourism Malaysia
Baru baru ini salah seorang ahli Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) iaitu Ayue-Jean telah ke Terengganu untuk menyertai Program Ekspresi Media Kenyir 2019 dengan Tourism Malaysia.

Program ini melibatkan seramai lebih kurang 23 orang peserta daripada kalangan new edge media seperti bloggers dan juga mainstream media seperti wartawan.
Trip Ekspresi Media Kenyir 2019 yang berlangsung selama 4 hari 3 malam dari 18 sehingga 21 Mac 2019 telah membawa para peserta menjelajahi tempat-tempat menarik di negeri Terengganu bermula di Kuala Terengganu dan seterusnya ke Tasik Kenyir.


Para peserta juga berpeluang menikmati keenakan pelbagai juadah di Terengganu seperti Nasi Dagang dan singgang budu. Peserta juga dibawa merasai pengalaman menaiki beca di Kuala Terengganu.


Ada pelbagai lagi pengalaman menarik yang akan dikongsikan oleh Ayue-Jean di blognya. Apa kata anda semua mengikuti kisah beliau di blog AyueJean.com
Jom rancang percutian ke negeri Terengganu Darul Iman!
Alhamdulillah, pengalaman yang berharga….
Tak sabar nak kongsi lagi cerita trip ni…