
Promosi Cuti Sekolah ‘Stay and Splash’ Best Western i-City Shah Alam
Cuti sekolah hampir tiba, pasti ramai yang sedang merancang percutian bersama keluarga. Bagi anda yang mencari destinasi sesuai untuk seisi keluarga, apa kata anda menginap di Hotel Best Western i-City Shah Alam? Terdapat promosi menarik sepanjang cuti sekolah nanti yang memang sangat berbaloi!
Promosi ‘Stay and Splash’ di Best Western i-City Shah Alam
Promosi ‘Stay and Splash’ ini akan berlangsung sepanjang cuti sekolah dari 24 November hingga 31 Disember 2018. Tempahan telah pun dibuka dari sekarang, jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati promosi menarik ini!
Dengan harga bermula dari RM180 anda sudah boleh menginap di bilik Superior selama 2 hari 1 malam, termasuk sarapan untuk dua orang dan juga 2 tiket masuk ke WaterWorld i-City. Harga yang sangat berbaloi!



Bagi yang inginkan bilik yang lebih luas, boleh juga ‘upgrade’ ke bilik Deluxe atau i-Suite dengan sedikit bayaran tambahan. Juga terdapat ‘connecting room’ yang sangat sesuai bagi mereka yang ingin menginap di bilik bersebelahan.


WaterWorld i-City Shah Alam
Dari hotel Best Western i-City anda boleh berjalan kaki sahaja ke WaterWorld yang terletak berdekatan dengan hotel tersebut. Anak anak pasti teruja mandi manda dan menaiki pelbagai slides yang ada di WaterWorld!
Pelbagai Tarikan di i-City Shah Alam
Bukan sekadar mandi manda di WaterWorld, malah terdapat banyak lagi aktiviti menarik yang boleh ada lakukan di taman tema i-City Shah Alam.
Diantaranya menikmati keindahan lampu berwarna warni di City of Digital Lights, merasai pengalaman bermain salji di Snowalk, bergambar secara kreatif di Trick Art Museum, mencabar keberanian diri di House of Horror, eksplorasi angkasa di Space Mission dan macam macam lagi lah!


Pengalaman Menginap di Best Western i-City Shah Alam
Beberapa orang ahli KBBA9 telahpun merasai sendiri keseronokan ‘Stay and Splash’ ini. Masing masing enjoy sakan!

Baca kisah percutian mereka di:
Cuti sekolah nanti, ciptalah memori indah bersama keluarga di Best Western i-City Shah Alam. Anak anak pasti teruja!
Maklumat Lanjut:
Website: Best Western i-City Shah Alam
Facebook: Best Western i-City Shah Alam
Instagram: @bwicity
Telefon: 03-55219000
E-mail: enquiry@bestwestern-icity.my
Wahhh… Berbaloi-baloi cuti kat sini. Harga berpatutan dan hotel dia lawa laaaa…. Ada lak water themepark , memang sampai kecut laaa anak berkubang nanti.
Tak sabar nak merasai keriangan seisi keluarga kat sini . Harga promosi pun sangat berbaloi !!
Wah, berbaloi-baloi sangat ni! Jom kita serbu icity cuti sekolah ni! Anak-anak konfem suka!
Bestnye…mura pun mura
bulan 12 boleh datang sni. jalan2 dgn familiaaa
Memang berbaloi menginap kat BWIcity ni, rugi sangat kalau tak tempah.
Baru nak plan cuti kat mana. Boleh dipertimbangkan ni.
Best sesekali bercuti di icity.