skip to Main Content
KBBA9 Sertai Rakaman Gema Takbir Raya Di IDCC Shah Alam

KBBA9 Sertai Rakaman Gema Takbir Raya Di IDCC Shah Alam


Pada 27 Ogos yang lalu, seramai 10 orang blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) dijemput untuk menghadiri rakaman Gema Takbir Raya di IDCC Shah Alam yang dianjurkan atas usahasama Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd dan IDCC Shah Alam serta mendapat kerjasama daripada Persatuan Belia Kota Gagasan.

Antara blogger KBBA9 yang hadir untuk menyaksikan sesi rakaman itu ialah Shiqeen Sattar, Afiq Halid, Dkna Abza, Umi Nani, Mera Amera, Ayue Jean, Sohoque, Sue Izza, Mieza Suhaini dan ST.

IMG-20160827-WA0022

Rakaman itu turut dimeriahkan dengan 60 selebriti terkenal tanah air seperti Waris, Saleem Iklim, Aris Ariwatan, Fee Haiqal, Ameng, Firman, Mel Wings, Rozz Bloodshed, Fadzlee Sufri, Qody, Azmir Arif dan ramai lagi.

Rakaman Gema Takbir Raya ini akan disiarkan di kaca televisyen pada Hari Raya Aidiladha nanti iaitu pada 12 September hadapan.

IDCC yang setinggi tujuh tingkat terletak di Seksyen 15 Shah Alam ini sesuai untuk dijadikan tempat persidangan, pameran, majlis perkahwinan, majlis korporat dan pelbagai lagi majlis. Jangan terkejut kerana IDCC ini pernah dicatatkan dalam ‘Malaysian Book of Records’ pada tahun 2015 sebagai dewan banquet yang terbesar di Malaysia.

Takbir Afiq Halid 6

Penganjur bersama yang juga penyanyi irama Malaysia yang terkenal, Noraniza Idris berkata, tujuan program yang diadakan itu adalah bertujuan untuk mengubah persepsi negatif masyarakat yang menganggap artis tidak berperanan dan tidak menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Takbir Afiq Halid 7

Memartabatkan artis Malaysia dengan melibatkan diri dalam program keagamaan dan kebudayaan. Semoga usahasama ini dapat mengubah persepsi negatif masyarakat yang menganggap artis tidak berperanan dan tidak menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. – Noraniza Idris

Jadi, jangan lupa saksikan program ini ketika Hari Raya Aidiladha nanti…


Firzz Radzi

Blogger muda, kacak lagi sado.

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top