
KBBA9 Rasai Pengalaman Baru Di KL Sky Tour
Pada 25 Ogos lalu, beberapa blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) memperoleh pengalaman berharga apabila dijemput untuk menaiki helikopter daripada KL Sky Tour untuk menyaksikan pemandangan dari udara bandaraya Kuala Lumpur.
Antara blogger yang dapat merasai pengalaman tersebut ialah Ben Ashaari, Sohoque, Faizal Fredley, Umi Nani, Shiqeen Sattar, Mar dan Encik ST.
KL Sky Tour ini adalah inisiatif dari Cempaka Helicopters dan kolobrasi dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur Tourism Bureau.
Dengan harga serendah RM198, blogger-blogger dari KBBA9 dibawa menaiki helikopter mengelilingi tempat-tempat pelancongan yang menarik di Kuala Lumpur seperti Istana Budaya, KLCC, Menara KL, Batu Caves, Masjid Negara dan beberapa lokasi lain yang bergantung kepada pakej yang diambil oleh pengunjung.
Terdapat empat pakej keseluruhannya iaitu The KL Express, The City Explorer, The Jungle Escape dan The Mountain View.
Sebanyak lapan helikopter disediakan oleh pihak KL Sky Tour untuk dinaiki oleh pengunjung yang hadir di Tasik Titiwangsa. Selepas ini, penganjur akan turut berada di Pulau Pinang, Melaka, Johor, Terengganu dan Langkawi. Sesiapa yang berminat, boleh layari www.klskytour.com .
Jadi tunggu apa lagi? Cepat serbu ke Tasik Titiwangsa untuk merasai satu pengalaman baharu yang pastinya menjanjikan kelainan.
Jeles kita..nak juga naik heli
Best nad…must go !!!
WooooW segak muda lagi SADO.
Awat aku tak dpt naik skali!!! Senget? Berat sebelah?
Apa pun. Kena p terjah gak ni
Best wooo. Rasa cam bawak Airwolf lak
Wow best tu. Nak rasa jgk la naik heli
Wajib cuba! Rugi la kalau x merasa..
alah teringin jugak nak naik heli…