skip to Main Content
Santai Bersama Keluarga KBBA9 Di Bangi Wonderland Themepark & Resort

Santai Bersama Keluarga KBBA9 Di Bangi Wonderland Themepark & Resort


Perasaan puas hati bila dapat menggembirakan ahli-ahli keluarga lebih-lebih lagi kepada suami/isteri dan anak-anak. Rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) yang mempunyai keluarga berpeluang untuk membawa ahli keluarga mereka bersantai sambil mandi manda di Bangi Wonderland Themepark & Resort.

Ada kalangan blogger KBBA9 yang telah bekerja keras untuk menjayakan sesuatu aktiviti-aktiviti di luar dan sanggup meninggalkan ahli keluarga untuk menunaikan tuntutan kerja sebagai blogger. Sebagai hadiah kepada ahli keluarga yang memberi sokongan di sinilah mereka diraikan bersama.

Bangi Wonderland Themepark & Resort.

Terlebih dahulu admin ucapkan terima kasih kepada pihak Bangi Wonderland Themepark & Resort kerana telah sudi bekerjasama dan memberi peluang  kepada rakan-rakan blogger dan keluarga untuk bergembira. Gelak ketawa anak-anak memecah suasana. Rasai pengalaman-pengalaman rakan-rakan KBBA9 yang datang ke sini buat pertama kali dan ada juga sudah empat kali.

  1. Anak-anak dah tak sabar nak mandi. Kali ke-4 datang, dah hafal semua tempat. – Shehan
  2. Memang nampak sangat mereka gembira bermain di sana semalam. KLong dan KNgah usah cakap lerr, kejap ke sana-kejap ke mari. – Dura
  3. Ni kali pertama nad jejak ke Bangi Wonderland. Sampai je sini, cari parking dan ke tiket kaunter dengan menggunkana lif.- Nadia
  4. Kak Ti hanya berpeluang mencuba ‘The Fall’ sahaja kat sana. Macam nak tertinggal jantung kat atas masa cuba slide ni.- Tati
  5. Terokai 16 jenis permainan yang ada di sini- Ema
  6. Wah… akhirnya mommy merasa gak pergi mandi manda dengan anak-anak di Bangi Wonderland. Dah banyak kali lalu area Bangi Wonderland ni, anak-anak sibuk jerit-jerit nak mandi kat sini.- MommyLin
  7. Untuk anak kecil, ada pelbagai tempat boleh bagi mereka main. Parents boleh awasi dari jauh. Air pun sedang elok untuk keselamatan anak-anak.- UmmiNani
  8. Toilet dan changing room di Bangi Wonderland. Bersih dan ai sangat berpuas hati. – Aisya
  9. The Fall ..giler curam…Abang ngah je yang naik itu pun katanya rasa jantung tertinggal kat atas hahahaha – Kak Dy

Ramai lagi rakan-rakan blogger KBBA9 kongsikan kegembiraan mereka di sini. Anda juga boleh menikmati keseronokkannya dengan membawa keluarga untuk bersuka ria. Kunjungilah Bangi Wonderland Themepark & Resort. Tawaran istimewa bagi mereka yang menyambut hari kelahiran pada bulan Januari dan Februari kerana anda akan mendapat tiket PERCUMA. Apa tunggu lagi..

BANGI WONDERLAND THEME PARK
No. 2, Persiaran Bangi Avenue,B
Bangi Avenue,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

 


Ema

A simple life is a beautiful life

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top