
Sumbangan Cermin Mata Dari Eye Smart Group dan Eyes Vision Optical Buat Anak Yatim dan Asnaf
Bagi yang menghadapi masalah rabun, cermin mata adalah satu keperluan untuk penglihatan yang jelas. Namun, tak semua orang mampu untuk membuat cermin mata kerana kosnya yang agak tinggi atau diluar kemampuan.
Itulah yang dialami oleh beberapa orang penghuni rumah anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Sentuhan Budi, Selangor, dan Pusat Jagaan Rumah Amal Titian Baiti Al-Jannah, Rawang. Mereka memerlukan cermin mata, namun tidak berkemampuan.
Prihatin dengan nasib mereka, Ben Ashaari, pengasas KBBA9, telah berikhtiar untuk mendapatkan tajaan cermin mata. Syukur Alhamdulillah, kedai cermin mata murah di Sungei Wang Plaza iaitu Eye Smart Group dan Eye Vision Optical telah sudi menyumbangkan cermin mata untuk anak-anak tersebut. Bukan sekadar cermin mata, malah pengangkutan dan makanan juga turut disediakan untuk mereka.
Anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Sentuhan Budi, Selangor
Baca coretan Ben Ashaari dan UmmiNani yang turut menemani mereka ketika menerima sumbangan cermin mata tersebut.
Pusat Jagaan Rumah Amal Titian Baiti Al-Jannah
Ben Ashaari dan Saidila turut menemani anak-anak ini semasa program tersebut.
Sebak dan terharu melihat kegembiraan anak-anak tersebut menerima cermin mata yang sememangnya satu keperluan untuk mereka. Tambahan pula, ada dikalangan mereka yang menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Diharap moga dengan cermin mata baru tersebut dapat memperbaiki tahap penglihatan dan membantu mereka belajar serta menjawab peperiksaan dengan lebih baik.
Setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Eye Smart Group dan Eye Vision Optical atas keprihatinan dan sumbangan yang amat bermakna ini. Moga kerjasama amal begini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.
Jika ada dikalangan pembaca yang berminat untuk membuat cermin mata berkualiti pada harga yang murah dan berpatutan, silalah berkunjung ke cawangan Eye Smart Group di Sungei Wang Plaza, Level G, Lot G070 & G114 (Eye Smart Vision), G111 (Eye Pro Vision) dan G096 (Eyes Vision Optical) atau telefon 016-3636464.
Tahniah Eye Smart Group dan Eyes Vision Optical, moga bisnes mereka semakin maju dan tahniah jugak KBBA9 atas usaha murni ini.