
Sumbangan KBBA9 Untuk Liga Futsal Piala Kindness 2016
Baru-baru ini pada 3 April 2016 telah berlangsung satu Liga Futsal Piala Kindness 2016 bertempat di KSL Futsal Centre , Setapak , Kuala Lumpur . Admin juga di fahamkan bahawa sebanyak 34 pasukan yang terdiri dari rumah anak-anak yatim dan rumah pelarian dibawah sokongan Kindness Malaysia telah terlibat meyertai perlawanan .
Sejurus terlihat status FB Kindness Malaysia yang memerlukan dana untuk membeli jersey dan kasut futsal untuk para peserta .Maka ada yang mencadangkan ke dalam group untuk membuat sedikit kutipan untuk disumbangkan kepada mereka . Alhamdulillah dengan persetujuan semua , hasil sumbangan ahli KBBA9 telah selamat diserahkan kepada wakil Kindness Malaysia iaitu Cik Aniss oleh Pengasas Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Ben Ashaari dan blogger Saidila .
Pada hari perlawanan juga 3 orang blogger KBBA9 iaitu Afiq Halid , Shiqeen Satar dan Cik Haniza telah sudi meluangkan masa untuk datang membuat sedikit liputan dan memberi sokongan moral kepada pasukan-pasukan yang terlibat .
Harapan admin dan team KBBA9 agar Kindness Malaysia dapat meneruskan usaha-usaha murni serta sentiasa membuka peluang untuk mereka yang kurang bernasib baik .
Kekurangan yang ada pada mereka jangan dijadikan halangan untuk mereka tidak melakukan aktiviti seperti kita .
Baca entry berkaitan di sini
FB : Kindness Malaysia
Alhamdulillah…
alhamdulillah..semoga bermanfaat..
Kebanyakkan mereka berpotensi untuk pergi lebih jauh dlm bidang sukan. Tahniah kepada yg terlibat dlm menjayakan program seperti ini. 😀
Alhamdulillah, moga dpt menyumbang utk progam macam.ni lagi dimasa hadapan
Bagus… Usaha murni seperti ini dapat dijadikan ikutan oleh kelab blogger yang lain..