
Tahniah Ben Ashaari Dan KBBA Di Penyampaian Anugerah Khas Sijil Penghargaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ) 2017
Isnin 20 Februari 2017 , bertempat di Ibu Pejabat AADK Kajang , berlangsungnya Majlis Penyampaian Amanat Hari Antidadah Kebangsaan 2017 oleh YBHG Dato Sri Mustafa Bin Haji Ibrahim , Timbalan Ketua Setiausaha ( Keselamatan ) Kementerian Dalam Negeri .
Selain dari majlis perasamian HADK bagi tahun 2017 , majlis ini juga telah menjemput wakil-wakil dari badan kerajaan yang lain , NGO serta individu-individu bagi menerima sijil penghargaan khas kerana terlibat dan sentiasa menyokong usaha AADK untuk kempen pencegahan dadah .
Bagi kategori blogger , Ben Ashaari iaitu founder kepada Kelab Blogger Ben Ashaari telah menerima sijil penghargaan khas dari AADK kerana terlibat secara aktif dalam kempen-kempen antidadah di laman sosial .
Untuk pengetahuan pembaca , sejak tahun 2015 , Kelab Blogger Ben Ashaari telah menyertai AADK untuk penyebaran maklumat dan kempen-kempen antidadah kepada masyarakat melalui medium media sosial seperti blog , twitter , facebook dan juga instagram .
Adakalanya kami juga turut turun padang untuk meninjau dan melihat sendiri bagaimana skuad pencegahan antidadah menjalankan tugas membanteras dan merawat individu-individu yang telah terlibat dengan gejala najis dadah .
Dengan ini admin S ingin mengucapkan TAHNIAH kepada big boss dan keseluruhan team KBBA atas penganugerahan tersebut . Walaupun kami digelar blogger tapi kami bukan sekadar blogger .
pencegahan dadah bermula dari rumah
Maklumat Lanjut : Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia
follow ig @aadkmalaysia
follow ig @skuad1malaysia
#HADK2016
#SayangiDirimu
#PerangiDadahHabisHabisan
#Skuad1Malaysia
#JelajahAADK2016
#EkspedisiMembanterasDadah
#DadahMasihMusuhUtama
#KelabBloggerBenAshaari
#TeamBloggerAADK
Tahniah Ben Ashaari dan KBBA9..