
Tahniah Gabit Juara Pusingan Kedua Di MSMC Supermoto Tasik Permaisuri, Cheras
6 dan 7 Mei 2017 bertempat di Tasik Permaisuri, Cheras telah berlangsungnya satu Kejohanan Supermoto Malaysia 2017. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Utama Adnan Bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan YBhg Datuk Seri Haji Mhd Amin Nordin Bin Abd Aziz, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Gabit Juara Pusingan Kedua di MSMC
Kami dari KBBA9 ingin mengucapkan tahniah kepada Pemenang Kejohonan Pusingan Kedua Supermoto FIM Asia 2016 iaitu Gabit atau nama sebenarnya Muhamad Habibullah bin Mohd Saleh atas kejayaan beliau sebagai juara di Pusingan Kedua SuperMoto Championship Malaysia 2017. Beliau yang bersaing dengan penunggang-penunggang professional yang lain termasuk Khairy Zakaria, Gaban dan pelumba dari Singapura dan Indonesia.
Acara perlumbaan ini memberikan ruang yang bagus untuk Malaysia mencari pelumba motosikal hebat untuk pelapis masa akan datang. Kami berterima kasih kerana DBKL memberi ruang untuk pembangunan sukan pemotoran ini dengan kerjasama baik dan mengalukan kerjasama daripada MSMC” – Satheswaran Mayachandran . CEO Asia Supersports Group.
Karnival Xtravaganza
Kejohanan ini turut diadakan bersama dengan Karnival Xtravaganza KL di mana terdapat Kaunter bergerak DBKL, Booth SPR, gerai-gerai jualan, makanan dan minuman, konsert dan bazar artis popular. Berpeluang untuk berjumpa dengan lebih 60 selebriti antaranya seperti AOja dan Tuable, Amelina , Haiza, Siti Sarah, Fiena Mentor dan ramai lagi.
Our KBBA9 team, telah berkongsi pengalaman menonton secara live Kejohanan MSMC Supermoto ini. Antaranya :
Untuk ketahui lebih banyak info layari facebook Malaysian Supermoto Championship atau Instagram di MalaysiaSUPERMOTORChampionship.