skip to Main Content
Tahniah!! Me’nate Steak Hub Terima Dua Anugerah

Tahniah!! Me’nate Steak Hub Terima Dua Anugerah


Tahniah diucapkan kepada pengusaha Me’nate Steak Hub kerana berjaya menerima dua anugerah iaitu “Malaysia International Business Awars 2017- Excellence in Western Steak House” anjuran Dewan Perniagaan Melayu Selangor pada 12 Disember 2017 dan “The Brandlaureate Best Brad in F&B – Steak House 2017-2018” anjuran Asia Pacific Brands Foundation (APBF)” pada 8 Februari 2017.

Siaran Media Me’nate Steak Hub

Pada 22 Feb di Me’nate Steak House, Setapak telah diadakan satu siaran media untuk meraikan kejayaan mereka dan menjemput para media dan blogger KBB9. Anugerah yang diraih adalah satu pengiktirafan yang tinggi telah diberikan kepada Me’nate Steak Hub sebagai sebuah restoran stik dan makanan barat yang bermutu tinggi yang terdapat di kawasan lembah Klang khususnya.

Sejak tahun 2015, Palace Butcher Resources Sdn Bhd telah berjaya di dalam penjenamaan semula restoran ini. Daripada restoran yang sederhana di Ampang, kini dalam masa tiga tahun berjaya menambah tiga rangkaian baru di sekitar Lembah Klang dan Selangor antaranya di Ampang Jaya, Setapak, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam.

rakan-rakan blogger KBBA9 yang hadir

 

Kelebihan Me’nate Steak Hub

Me’nate Steak Hub adalah sebuah kedai yang menjual daging mentah, di mana pelanggan boleh membeli daging yang telah disiap potong untuk dibawa pulang. Pelanggan tidak dikenakan bayaran atau caj tambahan apabila daging itu dimasak untuk dimakan di restoran atau dibawa pulang.

Jangan risau ! Bagi mereka yang tak minat daging , Me’nate Steak Hub turut menyediakan menu ikan , udang kara , ayam dan pelbagai makanan ringan yang lain pada harga yang berpatutan. Dan memang sedap !   – Ben

Harga menu adalah berpatutan dan bukanlah harga ribuan ringgit yang digembar gemburkan. Pilihan daging mentah pun dah diletakkan harga. Jadi, pilihannya adalah atas individu sendiri. Rasa mampu makan yang mahal, pilihlah yang mahal. – Ema

Daging di sini diimport dari Australia & Jepun, dan menjalani proses yang rumit ketika diimport bagi jaminan Halal untuk kita semua. – Ann

Pusat Pemotongan dan Penyimpanan Daging (Central Butchery)

Syarikat Palace Butcher Resources Sdn Bhd telah menubuhkan pusat pemotongan dan penyimpan daging (Central Butchery) sendiri untuk memotong, mengedar dan membekalkan daging mentah ke semua rangkaian. Rahsia besar kejayaan ini sebenarnya terletak pada kualiti daging yang dijual dan dihidangkan kepada pelanggan. Pelanggan boleh melihat dan memilih sendiri daging-daging sesuai dengan kemampuan masing-masing. Inilah faktor utama yang membezakan Me’nate Steak Hub dengan lain-lain restoran stik di Malaysia.

Pihak pengurusan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, menu dan sajian makanan kepada para pelanggan.

 

Kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari sekali lagi ingin mengucapkan Tahniah Me’nate Steak Hub. Semoga restoran ini akan diwujudkan bagi setiap negeri.

 

Lokasi Me’nate Steak Hub Setapak:

C-01-01 & C-01-03, Starparc Point, Jalan Taman Ibu Kota, Off Jalan Genting Klang, 53300 Danau Kota, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 


Ema

A simple life is a beautiful life

This Post Has 11 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top