
Taman Warisan Pertanian Putrajaya Apa Blogger KBBA9 Buat Di Sana?
Taman Warisan Pertanian, Putrajaya.
Bagi orang Putrajaya memang sangat sinonim dengan nama tempat Taman Warisan inikan. Salah satunya tempat untuk mencari makan. Tapi tahukan anda, selain tempat makan, ada keistimewaan yang lain yang terdapat di Taman Warisan Pertanian ini. Malah admin sendiri pun tidak tahu menahu apa lagi yang menariknya di sini sebelum melihat rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari berkongsi pengalaman mereka di sana.
Apa yang akan anda jumpai di Taman Warisan Pertanian Putrajaya adalah satu bangunan tradisional dari ukiran kayu cengal. Melihat satu ruang tertutup yang dipanggil Medan Tani untuk mereka mengadakan pameran-pameran, persembahan dan pasaran. Terdapat juga kedai-kedai cenderamata, kedai mini, kedai pakaian dan sebagainya. Medan selera dengan pelbagai pilihan pemakanan seperti Sate Haji Samuri, Masakan Panas, Roti dan Makanan Segera. Dan menjadi tarikan orang ramai ketika bulan Ramadhan.
Dusun Di Dalam Bandar Putrajaya
Siapa sangka, di bandar Putrajaya ini yang majoritinya adalah bangunan-bangunan Kerajaan adanya dusun pertanian yang mempunyai pelbagai pokok herba, rempah, getah, minyak sawit, teh, kopi, asam gelugur dan tanaman komersial yang lain. Rakan-rakan blogger yang telah berkongsi pengalaman mereka di sana:
- Dinasihatkan , kalau nak ke sini , jangan pakai macam nak gi shopping mall ! Kalau tak , menyesal punya ! Seronok tengok diorang tangkap ikan keli. Hahaha..- Ben
- Pengalaman melihat pokok getah ditoreh dan getah diproses.- Shehan
- Pengalaman menangkap ikan keli di sawah. – Jean
- Berpeluang rasa sendiri madu ori fresh dari ladang. Sedut je terus rasa, lain sangat rasa dia dari yang beli. Ini confirm ori! – Ayu
- Buah beruas. Luar dan bentuk macam buah manggis, tapi rasanya masam-masam manis. Sebelum ni aku tak pernah kenal atau jumpa pun buah ni. First time jumpa buah beruas ni. – Firr
Pakej Perkahwinan
Terdapat tawaran untuk mengadakan kenduri kahwin berteman ala kampung di Laman Warisan ini. Pakej Perkahwinan Laman Warisan adalah hasil kerjasama Putrajaya Floria Sdn Bhd (PFSB) dengan Felda D’Saji Sdn Bhd. Pakej yang ditawarkan oleh D’Saji bermula dari 12,500 Ringgit Malaysia yang merangkumi:
- Buffet Hidangan Tradisi Melayu
- Meja makan beradab dengan hidangan istimewa
- Sewa dewan, kerusi, meja serta hiasan
- Pelayan yang peramah dan terlatih
- Red carpet serta pelamin berhias
- Sistem PA yang asas
- Lokasi fotografi menarik di Taman Warisan yang ikonik
- Sesi fotografi percuma di dalam Dusun Taman Warisan
- Tempat letak kereta percuma
- Kemudahan tandas dan surau untuk tetamu
- Ruang persalinan serta bilik menunggu
Selain daripada pakej perkahwinan, Laman Warisan juga sangat sesuai untuk mengadakan Majlis Pelancaran, Makan Tengahari, Hi-Tea dan Makan Malam Steamboat dengan minima adalah untuk 100 orang. Berminat untuk mengadakan perkahwinan di Laman Warisan bolehlah hubungi: