skip to Main Content
KBBA9 Terokai Keindahan Sungai Lembing

KBBA9 Terokai Keindahan Sungai Lembing


Pada 23 September lalu, seramai 16 orang dari KBBA9 berpeluang untuk menikmati keindahan alam semulajadi di Sungai Lembing Pahang. Antara yang menyertai lawatan ke Sungai Lembing ialah Ben Ashaari, Mera Hussain, Afiq Halid, Razzwey, Ayu Jean, Yanie, YB Shehan, Sohoque, Aznan, Shiqeen Sattar dan beberapa lagi blogger KBBA9.

Bertolak dari Kuala Lumpur sekitar jam 11 malam, konvoi empat buah kereta dan sebuah motorsikal tiba di Sungai Karang, Kuantan sekitar jam 2.30 pagi selepas menempuh perjalanan selama empat jam. Keesokannya, kesemua blogger KBBA9 mula menjelajah sekitar pekan Sungai Lembing untuk meneroka beberapa tempat menarik di situ.

Xcape Sungai Lembing

Antara lokasi yang dikunjungi blogger KBBA9 ialah Muzium Sungai Lembing, Tin Mine, Jambatan Gantung Kolong Pahat dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda. Menariknya, selain melihat tinggalan sejarah Sungai Lembing, blogger KBBA9 juga turut melihat lombong bijih timah yang terbesar di Malaysia dan memasuki terowong bijih timah.

Xcape Sungai Lembing

Kemudiannya, kesemua blogger menuju ke tempat penginapan mereka di Xcape Resort Sg Lembing Sungai Lembing untuk aktiviti seterusnya. Terletak sekitar 45 minit dari pekan Sungai Lembing, Xcape Resort Sg Lembing menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti Water Jump, Standup Paddle, Water Slide, River Slack Lining dan Fish Feeding selain daripada halangan-halangan untuk menguji kecergasan pengunjung.

Xcape Sungai Lembing

Xcape Sungai Lembing

Xcape Sungai Lembing

Menariknya, blogger juga berpeluang untuk melihat keindahan ‘Rainbow Waterfall’ yang memerlukan blogger KBBA9 dan pengunjung yang lain mendaki sedikit tetapi pastinya ia menjanjikan satu kepuasan.

Xcape Sungai Lembing

Terima kasih kepada Xcape Resort  Sg Lembing di atas kenangan yang sukar dilupakan ini

Xcape Sungai Lembing


Firzz Radzi

Blogger muda, kacak lagi sado.

This Post Has 3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top