skip to Main Content
Top 5 APO 2016 : Tahniah Ben Ashaari!

Top 5 APO 2016 : Tahniah Ben Ashaari!


Tahniah admin ucapkan kepada Ben Ashaari , Uzu dan seluruh team KBBA9 kerana berjaya sampai  ke Top 5 APO 2016 anjuran Mstar Online , SuriaFm dan penaja rasminya iaitu Dnars Skincare .

Tercalon dalam kategori Blog Pilihan Online bersama pencabar terdekat seperti Siakap Keli , Cik Epal dan Sensasi Selebriti menjadikan kategori ini cukup hot dan cukup menjadi buah mulut di kalangan para netizen dan blogger Malaysia.

Almaklumlah , masing-masing pun ada peminat dan pengikut yang tersendiri .

APO2016-Anugerah-Pilihan-Online-2016

 

Kenapa Ben Ashaari ..?

Kenapa yer….? secara peribadinya admin mula mengenali Blog Ben Ashaari sejak tahun 2009 di alam maya selama 5 tahun dan bersua muka kali pertama pada tahun ke 6 admin bergelar blogger. Pada waktu itu admin amat tertarik dan kagum pada skill fotografi beliau kemudia barulah admin terjebak membaca blog beliau… 8 dari 10 entry yang di publishkan admin amat suka dan sangat bersetuju .

Pernah admin tertanya sendirian bagaimana dia boleh menulis sesuatu perkara dengan jelas tanpa perlu menyebut nama seseorang tetapi perkara yang dituliskan itu pula adalah perkara benar yang berlaku di sekeliling kita.

Ben Ashaari

 

Maaf cakap waktu tu admin ngan beliau bukanlah kawan . Tetapi penulisan dia ada kalanya kena pada batang hidung admin sendiri dan admin ambil apa yang baik dari penulisan dia…bukan sentap macam sesetengah orang .

Awal tahun 2015 adalah permulaan dimana admin di beri peluang oleh beliau untuk mengikuti program di bawah Kelab Blogger Ben Ashaari . Dari situ admin mula sedar apa peranan seorang blogger yang sebenarnya . Bukan sekadar menulis kisah hati diri sendiri bahkan sebenarnya menjadi blogger banyak manfaat yang dapat diberikan dan disampaikan kepada orang ramai .

Memetik kata-kata beliau :

blogger bukanlah wartawan , menulis mengikut guide line pihak atasan..tetapi blogger menulis dari persepsi diri sendiri…apa yang diri sendiri lihat dan rasa itulah yang para blogger kena tulis dalam blog . Orang nak baca atau tidak belakang cerita yang penting blogger kena jujur bila menyampaikan sesuatu kisah

Teringat admin pada tagline di header blog beliau satu ketika dulu ” Kejujuran Lebih Bernilai Dari Wang Ringgit “

Sebenarnya banyak sisi baik beliau yang admin nak kongsi tapi biarlah dahulu..tunggu beliau menang baru admin kongsi dengan semua….boleh gitu..? ehehehe

Menjadi seorang yang dipercayai oleh beliau pun admin rasa dah cukup baik sebagai seorang kawan .

Sepanjang admin mengikuti beliau banyak yang admin dan blogger lain dapat belajar serta memandang blog sebagai platform untuk mencapai cita-cita dan keinginan seseorang blogger terhadap dunia blogging . Nyatanya beliau sentiasa ikhlas membuka peluang kepada blogger baru untuk direkrut kedalam kumpulan bukan untuk sekadar menjadi seorang blogger tetapi beliau didik dan beri tunjuk ajar , nasihat serta peluang sehingga menjadi seorang “media influencer”.

Bermacam watak , latar belakang blogger yang beliau serap kedalam Kelab Blogger Ben Ashaari ..tiada istilah diva atau otai…masing-masing diberi peluang untuk menonjolkan diri agar matlamat asal ber’blog dapat dicapai .

Oleh itu admin merasakan APO 2016 untuk Kategori Blog Pilihan Online selayaknya diberikan kepada Ben Ashaari .

Tapi…tanpa undian pun tak guna jugak kan….so tunggu apa lagi…kempen undian pun masih berjalan . Beliau memang layak menjadi ikon kepada para blogger muda dan menjadi contoh kepada para blogger yang rata-ratanya berblog demi meraih keuntungan .

Cara Mengundi 

  1. Masuk ke laman web Mstar Online 
  2. Pilih undi
    APO 2016
  3. Cari kategori Blog Pilihan Online di Nombor 15
    Top 5 APO 2016
  4. Log in ikut akaun pilihan
    Undi APO 2016
  5. Undi
    Undi Ben Ashaari APO 2016
  6. Siap , tapi jangan lupa untuk undi setiap hari ok
    APO2016-Anugerah-Pilihan-Online-2016-anjuran-mStar-Online-SuriaFM-apo_mstar_com_my
  7. Undian anda amat bermakna untuk memartabatkan pandangan dan kedudukkan warga blogger di laman sosial .
    Anugerah Pilihan Online 2016

 

Selamat Mengundi Semua. 🙂

Bukan Sekadar Blogger


Saidila Lifestyle

"Trusting is hard. Knowing who to trust, even harder."

This Post Has 19 Comments
  1. Tahniah abg ben, uzu..dorang tercalon dlm top 5 ni bgi sya dh kira pemenang sbb bukan senang nk tersenarai top 5..advantage kalau salah sorang dri kbba9 menang sbb menaikkan nama kbba..tapi apapun mmg hri2 undi..sbb ada dua member kbba yg tercalon so gilir2 undi..harini abg ben..esok uzu..hehe..kira fair enough la..

  2. Tahniah abg ben, tahniah uzu….

    Menjadi follower abg ben sejak 2008, tak sangka kini dah menjadi sebahagian dari keluarga besar KBBA. Terima kasih atas ruang dan peluang, sesungguhnya apabila niat kita ikhlas Allah akan permudahkan dan murahkan jalan dan rezeki.

    Tahniah sekali lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top